TerasMalaysia

Kerana sumbing dibahagian mulut bayi perempuan ini dibuang, apa jadi selepas tu buat ibu bapanya menyesal

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kerana sumbing dibahagian mulut bayi perempuan ini dibuang, apa jadi selepas tu buat ibu bapanya menyesal. Kerana sumbing dibahagian mulut bayi perempuan ini dibuang, apa jadi selepas tu buat ibu bapanya menyesal

Memiliki anak bukanlah hal yang mudah bagi sesetengah pasangan suami isteri. Bahkan, ada pasangan yang tergamak membuang darah daging mereka sendiri dengan pelbagai alasan.
Seperti yang dilakukan oleh pasangan suami isteri Zhang, dari China. Pasangan ini sudah mempunyai seorang anak lelaki dan ingin menambah seorang lagi agar menjadi sepasang.

Namun, mereka tidak menyangka, anak keduanya perempuan dan dilahirkan dalam keadaan cacat di bahagian bibir.

Zhang dan isterinya mula membayangkan masa depannya dan meramal tiada lelaki yang akan berkahwin dengan keadaan mulutnya seperti ini. Lebih teruk lagi, mereka bimbang kecacatan anak kedua itu akan membawa nasib malang terhadap anak lelakinya juga.

Setelah puas berbincang, mereka mengambil keputusan untuk membuang masa di tepi jalan.

Kerana sumbing dibahagian mulut bayi perempuan ini dibuang, apa jadi selepas tu buat ibu bapanya menyesal

Bayi malang itu beruntung apabila dia ditemukan oleh pasangan yang baik hati, Li Jian dan isterinya, lalu dibawa pulang ke rumah.

Difahamkan, Li Jian dan isterinya sudah mendirikan rumah tangga lapan tahun lamanya, tetapi masih belum dikurniakan anak.

Meskipun ada sedikit kecacatan di bahagian mulut, mereka sangat sukakannya dan menamakannya sebagai Li Lan.

Dengan kehadiran orang baru, pasangan itu sanggup merawat Li Lan, biarpun keadaan mereka hanya sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Namun, kos merawat bibir sumbing bukanlah sedikit. Jiran mereka turut menyarankan Li Lan diserahkan kepada badan kebajikan. Tetapi Li Jan dan isterinya menolak.

Kerana sumbing dibahagian mulut bayi perempuan ini dibuang, apa jadi selepas tu buat ibu bapanya menyesal

Sejak dari itu, mereka pun hidup berjimat cermat dan merancang untuk membawa Li Lan ke sebuah hospital di ibu kota untuk melakukan pembedahan bibir.

Ketika Li Lan berusia 5 tahun, dia dibawa ke hospital dan menurut doktor, bibir Li Lan perlu menjalani lima tau enam kali pembedahan dan rawatan susulan berperingkat agar dapat kembali pulih.

Pasangan itu sangat gembira mendengar penjelasan doktor berkenaan. Walaupun kos rawatannya mahal, tetapi mereka melihat, masih ada harapan di depan mata.

Waktu berlalu dengan cepat, Li Lan sudah pun berusia 20 tahun dan wajahnya cantik dan bibirnya juga hampir sempurna setelah beberapa kali menjalani siri pembedahan.

Setelah tamat pengajian, Li Lan bekerja di sebuah syarikat produk makanan. Prestasi kerjanya yang membanggakan, dia dinaikkan pangkat menjadi pengurus.

Bagi membalas budi orang tuanya, Li Lan membina sebuah rumah dua tingkat dan menghadiah sebuah kereta buat ibu bapa angkatnya.

Berkat dari karier yang cemerlang, Li Lan juga membina kilang memproses soya di kampungnya.

Li Lan juga sempat bertemu dengan dua orang tua kandungnya dan menyerahkan satu sampul surat yang besar sebelum beredar dengan ibu bapa angkatnya.

Ibu bapa kandung Li Lan kemudian membuka sampul itu dan di dalamnya terdapat wang tunai berjumlah RM13,842.

Di dalam sampul itu juga ada sekeping nota kecil yang ditulis, “Terima kasih kerana telah melahirkan saya ke dunia. Jangan pernah kita berjumpa lagi.

BACA:
“Kakak terfikir-fikir macam mana nak keluar dari belengu hutang, benda jadi bila kakak hafal ayat ni”
Lelaki terima duit bernilai RM38,000 hasil yang tidak dituntut dengan kerajaan, siap ajar cara sekali
“Kalau dia baca saya remind” – Individu dedah Linda Rafar tak bayar hutang sejak 2006, siap datang rumah minta

Leave a Comment