Kerana tak dapat duit yang diminta ibu dibakar hidup hidup oleh anaknya

Kerana tak dapat duit yang diminta, ibu dibakar hidup-hidup oleh anaknya

Seorang wanita di Desa Saluksuk, Sumatera Utara, Indonesia maut dibakar anak tirinya ketika sedang tidur dalam pondok di dusun durian milik keluarganya.

Mangsa yang dikenali sebagai Rosdiana Simatupang, 48, dikatakan dibakar oleh anak tirinya, Dedi Situngkir, 30, ketika sedang tidur dalam pondok di dusun durian milik keluarganya.

Motif pembunuhan adalah disebabkan mangsa tidak memberikan wang sebagaimana yang diminta suspek.

Menurut penduduk kampung, mangsa dan suaminya sering diugut suspek dengan pisau.

Difahamkan, sebelum kejadian, mereka terdengar pertengkaran antara dua beranak berkenaan.

Mangsa yang dirawat beberapa hari di hospital menghembuskan disahkan meninggal dunia pada 5 Mac lalu selepas hampir 95 peratus anggota tubuhnya melecur.

Sumber

Baca : Berang Mercedes yang dibeli rosak dalam masa sebulan, pemilik kenderaan mogok tampal nota pusing bandar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *