TerasMalaysia

Kerana tak mampu bayar sewa rumah mahal, pensyarah nekad redah 680km setiap hari naik pesawat dan kereta api ke tempat kerja

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kerana tak mampu bayar sewa rumah mahal, pensyarah nekad redah 680km setiap hari naik pesawat dan kereta api ke tempat kerja.

Seorang pensyarah di Britain nekad berulang-alik dengan menaiki pesawat dan kereta api untuk ke tempat kerja kerana tidak mampu membayar sewa rumah yang mahal, lapor akhbar The Sun semalam.

Dr. Jennifer Cassidy ialah pensyarah bidang pengajian diplomatik di Universiti Oxford. Dia sebelum ini melakukan tiga pekerjaan bagi membayar sewa rumah di Oxford.

Bagaimanapun, selepas 12 tahun, Cassidy berpindah dan tinggal semula dengan ibu bapanya di Dublin, Ireland.

“Saya tidak mampu untuk tinggal di Oxford hanya dengan satu gaji ,” katanya.

Kerana tak mampu bayar sewa rumah mahal, pensyarah nekad redah 680km setiap hari naik pesawat dan kereta api ke tempat kerja

Kadar purata sewa di Oxford adalah £1,430 (RM8,335) sebulan, demikian menurut laman web Rentoo.

Harga sewa untuk sebuah bilik di Britain pula sekitar £700 (RM4,080) sebulan, lapor akhbar The Guardian.

Cassidy akan menaiki penerbangan dari Dublin ke Birmingham sebelum menaiki kereta api ke Oxford tiga hari dalam setiap dua minggu.

Kuliah bersemuka akan diadakan pada hari tersebut manakala selebihnya dia akan bekerja dari rumah sepanjang masa.

BACA:
Penjawat awam tidak lagi dibenarkan membawa masuk telefon jenis Iphone dan keluaran luar dalam pejabat
Ramai terkejut tengok, individu jumpa fosil karang ‘tabulate’ pada lantai pusat membeli belah Suria KLCC
11 adat dan budaya perkahwinan paling pelik yang ada di seluruh dunia, Malaysia tak cukup ‘gempak’ lagi

Leave a Comment