
Kerana tanggungjawab yang dipikul, rider gigih hantar order sampai puncak Kinabalu
Menjadi rider bukannya mudah, semuanya tidak endah, hujan tetap redah, walaupun diri basah, agar customer dapat jamah, itulah pengorbanan pasrah untuk mencari rezeki sah. Bukannya mudah, tak kira penat lelah, tak peduli hujan rebah, tapi itulah hakikah, ada masanya kita ambil mudah terhadap penghantar makanan, kita tidak sedar betapa banyak pengorbanan mereka untuk menghantar makanan ke rumah kita.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan aksi seorang rider Foodpanda bersama begnya sedang berlari di puncak Gunung Kinabalu.
Pemuda yang dikenali sebagai Nasirsabara94 itu dilihat menggalas beg FoodPanda sambil berlari membawa bungkusan makanan.
Video yang meraih ribuan tontonan di TikTok itu turut dihujani dengan soalan netizen yang tertanya-tanya sekiranya ada pelanggan membuat tempahan makanan dari lokasi berkenaan.
Jawab Nasir, dia sebenarnya tidak bertugas pada hari tersebut, namun sekadar menggayakan pakaian seragam kerjanya untuk tujuan bergambar sahaja.
Menurut Nasir lagi, dia turut membuat persiapan daripada segi fizikal sebelum pendakian tersebut, baru-baru ini.
Di ruangan komen, ramai netizen yang turut memuji semangat Nasir sehingga ada yang memberi gelaran ‘pekerja terpaling rajin’ buatnya.
Baca : Tak cukup kucing liar, kucing belaan orang juga jadi korban wanita ini buat ilmu hitam dalam rumah