Kerana terlampau sesak jalan di Vietnam, kereta Tesla ini ‘fedup’ suruh pemandu ambil alih

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kerana terlampau sesak jalan di Vietnam, kereta Tesla ini ‘fedup’ suruh pemandu ambil alih

Tesla merupakan antara kereta yang tercanggih di dunia yang telah mengubah cara dan pengalaman pemanduan pada zaman moden ini. Setiap kereta dilengkapi dengan sebuah skrin digital yang menjadi ‘jantung’ untuk kereta elektrik itu berfungsi.

Semua orang terbayang teknologi-teknologi canggih yang ada EV pengeluar tersebut. Salah satu teknologi canggih yang membuatkan orang ramai teruja ialah mod Autopilot.

Teknologi tersebut dipasang pada EV Tesla bagi ‘mengambil alih’ tugas pemandu untuk mengawal kereta semasa pemanduan. Namun perkara sebaliknya berlaku di Vietnam semasa mod Autopilot diaktifkan.

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi sebuah video menunjukkan mod Autopilot sebuah Tesla gagal berfungsi semasa berada dalam kesesakan lalu lintas di Vietnam. Lebih mencuit hati lagi, sistem tersebut seakan berputus asa dan meminta pemandu mengambil alih semula kawalan kereta.

Video tersebut telah mendapat ribuan reaksi daripada pelbagai pengguna Twitter di seluruh dunia. Rata-rata ramai geli hati dan mahu pihak Tesla membuat pandu uji di beberapa buah negara Asia yang lain seperti India, Indonesia dan Malaysia.

Untuk makluman, mod Autopilot yang ada pada EV Tesla bukanlah sistem pemanduan sendiri sepenuhnya. Sistem ini tidak direka untuk semua jenis keadaan pemanduan.

Terdapat sejumlah besar situasi yang tidak dirancang gagal diatasi oleh mod Autopilot. Jadi pemandu sentiasa perlu peka dalam apa jua situasi semasa mengaktifkan fungsi ini.

Sumber

Baca : Ganja dikeluarkan daripada senarai dadah oleh PBB, sekarang ia termasuk dalam kategori ini

Leave a Comment