TerasMalaysia

Kerap batuk dan nampak kelibat pocong, guru sekolah di sihir ibu murid gara-gara tegur anaknya malas buat kerja sekolah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kerap batuk dan nampak kelibat pocong, guru sekolah di sihir ibu murid gara-gara tegur anaknya malas buat kerja sekolah.

Ekoran marah dengan tindakan seorang guru yang selalu menegur anaknya yang gagal menyiapkan kerja sosial, seorang ibu bertindak menghantar sihir kepada guru terbabit itu.

Lebih menyayat hati lagi apabila perbuatan khianat itu telah menyebabkan guru tersebut mengalami lumpuh separuh badan dan hampir membunuh diri.

Kisah menyedihkan ini telah dikongsikan oleh seorang pengamal Islam, Puan Rohfa Perawat Ar Syifa menerusi akaun TikToknya pada hari semalam.

Menurutnya, akibat perbuatan ibu pelajar itu juga, guru tersebut turut mengalami hilang daya ingatan. Difahamkan mangsa juga mengalami pelbagai penyakit lain sehingga mengganggu kestabilan mental dan emosi.

“Bukan senang jadi tenaga pengajar, silap sikit dimaki, dimarah oleh ibu bapa pelajar dan ada yang sampai disihir, Allahuakbar.

Kerap batuk dan nampak kelibat pocong, guru sekolah di sihir ibu murid gara-gara tegur anaknya malas buat kerja sekolah

“Disihir sampai tiada semangat mengajar di sekolah dan tubuh badan kerap sakit serta ada lebam,” katanya.

Ujar perawat itu lagi, fikiran pesakit menjadi kosong sampai tidak tahu buat kerja dan selalu mendengar bisikan ‘aku akan seksa kau’. Bahkan, apabila menjelang malam pesakit akan mengamuk dan meracau sehingga bertindak untuk membunuh diri.

“Selalu nampak kelibat pocong dalam rumah rumah dan selalu bau busuk. Lepas asar badan jadi mengigil dan kesejukan, badan pun menjadi mengeras macam kena ikat.

“Sesak nafas dan batuk tak henti, adakalanya sampai keluar ketulan darah. Dalam perut macam kena hiris dengan pisau, malam memang tak boleh nak tidur,” kata perawat terbabit.

Perkongsian video ini terus menjadi bualan hangat di platform media sosial itu. Ramai pengguna maya yang meluahkan rasa kasihan terhadap nasib sang pengajar yang hanya mahu mendidik anak bangsa tetapi lain pula jadinya.

@rohfaperawatarsyifa TEMUI SAYA DI TEMERLOH PADA SABTU 14/OCT/2023. #sihir #santau #saka #anxiety #depression #gangguanjin #dawai #temerloh #kuantan #rompinpahang #rawatanislam #rawatanarsyifaalmustaqim #fypシ #racuntiktok #beranda ♬ Dawai (From "Air Mata Di Ujung Sajadah") – Fadhilah Intan
BACA:
Hebatnya doa makan walaupun digunakan untuk mencari parkir, wanita dapat hanya dengan sekali pusing
Kecoh satu kandang, penternak terkejut tengok anak lembu baru lahir memiliki 2 kepala dan 4 telinga
Wanita terkilan percutian ke Korea Selatan sekadar ‘balik hari’, gara-gara tak bawa pasport lama

 

Leave a Comment