Kereta ibu remuk rempuh medan selera, remaja 16 tahun tertekan pedal masa panas enjin

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kereta ibu remuk rempuh medan selera, remaja 16 tahun tertekan pedal masa panas enjin

Lebih 10 pelanggan di Medan Selera Tanjung Kling, Pantai Puteri, Melaka berdepan detik cemas apabila sebuah kenderaan secara tiba-tiba mengundur dan merempuh medan selera itu ketika mereka sedang menjamu selera, pada Sabtu.

Dalam kejadian pukul 2.43 petang itu, kesemua mangsa, bagaimanapun, sempat mengelak dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza itu dipandu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila remaja itu diminta ibunya untuk memanaskan enjin ketika sedang memanaskan enjin, remaja terbabit telah tertekan pedal minyak dan mengubah gear kepada butang R menyebabkan ia mengundur secara mengejut.

Kejadian itu sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di medan selera terbabit.

Walau bagaimanapun, warganet nampaknya tidak percaya dengan kronologi insiden tersebut.

Baca : 
Lama menghilang lepas ditolong Ebit Lew, janda muda bertatu tampil tanpa hijab di media sosial miliknya
Majikan boleh pecat pekerja yang hina rakan dan orang atas dalam Whatsapp -Mahkamah
Doktor terkejut tengok imbasan x-ray pesakit ini, penuh telur cacing pita diseluruh badan dan lengan

Leave a Comment