Kereta tiba-tiba bermasalah diganggu ‘pelaris’ kedai, punca sebab anak nampak rupa dan tak jamah makanan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kereta tiba-tiba bermasalah diganggu ‘pelaris’ kedai, punca sebab anak nampak rupa dan tak jamah makanan. PELARIS kedai makan bukanlah perkara baharu, malah sehingga hari ini masih ramai peniaga yang taksub dengan ‘rezeki’ yang dipercayai diperoleh melalui amalan kurafat itu.

Dengan menabur beras, syiling, garam mahu pun bahan lain seumpamanya, mereka percaya ia dapat menarik pelanggan supaya sentiasa datang ke kedai.

Seperti yang dikongsikan seorang wanita ini, dia bersyukur kerana anak perempuannya mempunyai sixth sense (deria keenam) yang didakwa membolehkan mereka mengetahui sama ada kedai makan dikunjungi mempunyai pelaris atau tidak.

“Hari ini keluar makan bertiga… aku dan dua anak sebab lapar. Singgah kedai makan, tengah duduk tiba-tiba anak cakap ‘mama kita salah pilih tempat, kita pilih yang ada pelaris’.

Beberapa jenis tulisan pelaris yang sering digunakan di kedai makan bagi menarik pelanggan.

Kereta tiba-tiba bermasalah diganggu 'pelaris' kedai, punca sebab anak nampak rupa dan tak jamah makanan

“Anak pun cakap, ‘siapkan diri’. Jadi saya baca apa yang diketahui untuk melindungi diri sekeluarga,” ceritanya yang dikongsikan di halaman TikTok.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak dapat menikmati makanan yang telah dihidangkan.

Mana tidaknya, pelaris yang sinonim dengan makhluk halus ‘mengganggu’ mereka selepas mengetahui dirinya dapat dilihat.

“Semua makanan kami tinggalkan sebab pelaris itu menduga. Anak saya cakap dengan pelaris jangan kacau, kami hanya nak makan,” katanya.

Dia kemudian mengambil keputusan untuk keluar dari kedai tersebut dan meminta anaknya membayar makanan yang dipesan.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, anaknya tiba-tiba muntah di tepi jalan.

Bukan itu sahaja, kereta yang dinaiki juga tiba-tiba bermasalah dan tersadai.

“Habis muntah, kereta sangkut sekejap sebab dia (pelaris) tidak puas hati.

“Apabila boleh bergerak, anak terus cakap kakak kesian tengok orang yang tak tahu, makan makanan yang dijual,” tambahnya.

Amalkan selalu baca bismillah 5. InsyaAllah kita dilindungi Allah swt.

Mana tidaknya, menurut cerita anaknya, pelaris yang digunakan di kedai makan berkenaan berwajah hodoh malah terdapat air meleleh keluar dari rongga mukanya.

Air yang meleleh itu pula dimasukkan ke dalam makanan pelanggan yang makan di kedai tersebut.

Meskipun sudah berada jauh dari kedai makan berkenaan, kejadian aneh sekali lagi berlaku apabila kereta yang dinaiki dihujani dengan pasir.

“Sampai di bulatan, kereta disiram dengan pasir yang jatuh di atas bumbung kereta.

BACA:
“Tangan berkudis pun kerja tukang gaul” – Bekas ‘technician’ dedah kisah sebenar tentang kilang coklat syiling
Ibu terkejut tengok kesan calar dan luka dekat muka anak lepas balik ambil dari taska
Gadis buat perangai di Kota Bharu masa tengah malam, selamba pakai seksi sambil ‘catwalk’ tepi jalan

Leave a Comment