Kesian Gadis Ini Terkejut Bila Pak Cik Gelandangan Terjaga Niat Dia Betul Dah Tapi Benda Lain Pula Yang Jadi

Kesian Gadis Ini Terkejut Bila Pak Cik Gelandangan Terjaga – Niat Dia Betul Dah.. Tapi Benda Lain Pula Yang Jadi

Golongan gelandangan merupakan kelompok masyarakat yang tiada rumah dan mereka biasanya ada di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kewujudan golongan ini adalah disebabkan pelbagai faktor yang menghimpit dan mendesak, antaranya kemiskinan bandar, disisih keluarga, bekas banduan, gangguan mental, dan penagih arak atau dadah.

Sebagai manusia yang mempunyai hati nurani, sudah tentu kita akan simpati melihat nasib gelandangan di tepi jalanan yang tidak ada tempat untuk berteduh

Bukan itu saja, kadangkala mereka tidak makan seharian kerana tidak mempunyai duit untuk membeli makanan di restoran.

Golongan ini juga sering dipandangan hina oleh sesetengah orang kerana keadaan diri mereka yang tidak terurus. Namun, masih ramai yang mengambil berat dan ingin menghulurkan bantuan kepada gelandangan.

Tetapi, lain pula yang berlaku dalam sebuah video ini apabila seorang gadis lari lintang pukang semasa memberikan makanan kepada gelandangan telah mencuit hati ramai.

@mochiesss0

niat nak bagi makanan tapi terkejut kita wak

♬ original sound – 🤍🦋🦕👻 – syurahhh

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mochiesss0, kelihatan gadis itu berhenti di sebuah kaki lima bangunan untuk memberikan makanan kepada seorang gelandangan yang sedang tidur.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila sebaik saja gadis tersebut meletakkan sebungkus makanan di depan gelandangan itu, dia tiba-tiba bangun lalu membuatkan gadis itu terkejut.

Lebih melucukan, gadis berkenaan terus cabut lari dengan muka yang cuak dan terjatuh di depan pintu keretanya gara-gara terkejut.

Video tersebut telah meraih banyak tontonan dan rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu.

“Pak cik tu pun terkejut kak, haha patut bagi salam dulu” – Netizen

Sumber

Baca : Ini Cara Senang Nak Tambah Tempat Baru Dalam Whatsapp, Tak Payah Dah Nak Pin ‘Nearest Location’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *