TerasMalaysia

Khairul Fahmi Che Mat tukar bidang, jadi tukang masak di restoran baru buka

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Khairul Fahmi Che Mat tukar bidang, jadi tukang masak di restoran baru buka.

Siapa yang tidak mengenali bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yang dahulunya merupakan penjaga gawang terbaik Asia Tenggara.

Pernah membantu pasukan Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki sebelum ini, lelaki itu juga pernah menjadi pemain penting ketika Kelantan FA memenangi kejuaraan tiga liga tempatan iaitu Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia pada 2012.

Apek yang ketika ini berkelana ke kelab bola sepak Sabah FC selepas mengerah keringat untuk Melaka sebelum ini. Kini beliau beralih arah mencari rezeki dengan menjadi tukang masak.

Menerusi dua keping gambar yang tular di Facebook My Sabah, kelihatan anak jati Kota Bharu itu sedang memasak di sebuah restoran di Sabah.

Khairul Fahmi Che Mat tukar bidang, jadi tukang masak di restoran baru buka

Difahamkan, restoran tersebut merupakan milik rakanya yang baru dibuka. Kedatangan Apek ke premis tersebut adalah untuk mempromosikan restoran tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial terkejut apabila melihat gambar berkenaan dan menyangkakan Apek kini bergelar tukang masak.

“Terkejut saya, ingat Apek dah betul-betul jadi tukang masak selepas tidak bermain dengan Harimau Malaya, mujur untuk promosi sahaja,” kata Jo Bangsar.

“Kalau betul dia jadi tukang masak saya rasa dia memang pandai memasak sebab berketurunan Siam. Orang Pantai Timur kan pandai memasak, apapun semoga Apek berjaya dalam mana-mana bidang (disertainya),” kata Shamsul Pahmi.

BACA:
Ini rupanya sejarah kenapa plat Perak mula dengan huruf A, ada kena mengena dengan pemilik kereta yang pertama
Sudah dikebumikan 4 hari, ahli keluarga nekad gali semula kubur bayi lepas dengar suara tangisan
Kembang tekak tengok! Wanita pasrah lepas suap nasi yang dimakan, terkejut nampak lipas penuh dalam botol kicap

Leave a Comment