Kisah Nabi (Part 3/25) : Nabi Nuh AS
Tahukah anda…
1 ) Nabi Nuh hidup di zaman kaum manusia dah tak lagi percaya kpd Allah. Semua org dah syirik. Dia sorang je percaya kpd Allah.
2) Nabi Nuh spend masa sebanyak 950 tahun berdakwah semata-mata. 950 tahun! Bukan sekejap. Dan selama itu, hanya beberapa org sahaja yg kembali percaya kpd Allah dan mereka bukanlah org2 penting dlm masyarakat.
3) Macam2 cara nabi Nuh berdakwah namun sesiapa yg mendengarnya akan caci maki, tutup telinga dan halau nabi Nuh dan tuduh yg nabi Nuh pulak yg sesat.
4) Bila nabi Nuh berdakwah kpd org2 yg berpengaruh dlm masyarakat, mereka berkata; mcm mana kami nak ikut kau kalau pengikut2 kau hanyalah org2 biasa/bawahan? Kalau kau nak kami ikut kau, kau buang dulu pengikut yg kau ada skrg. Maksudnya mereka bukan kejarkan kebenaran tapi kedudukan dlm masyarakat.
5 ) Dan of course, nabi Nuh tak akan tinggalkan pengikutnya sbb mereka juga hamba Allah.
6) Allah berkata kpd nabi Nuh, sudah tidak akan ada lagi org yg akan percaya. Allah suruh berhenti berdakwah, setakat itu sahaja pengikut nabi Nuh. Hidayah Allah sudah tertutup buat mereka yg lain.
7) Allah perintahkan nabi Nuh utk membina sebuah kapal besar di atas gunung. Nabi Nuh bina kapal tu selama 100 tahun.

8 ) Org ramai terus-terusan menghina nabi Nuh. Mereka perli2 nabi Nuh like, kau kata kau nabi, skrg jadi tukang kayu pulak? Org buat kapal tepi laut, kau buat atas gunung. Kau ni dah gila ke? (Ni contoh kalau diorg ckp bahasa kita la)
9) Lepas kapal tu dah siap, Allah perintahkan nabi Nuh masukkan pengikutnya dan semua spesies haiwan ke dalam kapal tu secara berpasangan jantan dan betina. Mcm mana semua haiwan ni boleh muat dlm satu kapal? Kapal tu sebenarnya sgt2 besar, ketinggiannya saja seakan tinggi bangunan skyscrapers yg ada skrg. Lebarnya takyah ceritalah, mmg besar. Sbb tu nabi Nuh ambik masa 100 tahun utk bina.
10) Kemudian, dgn kuasa Allah, air turun dari langit dan naik dari tanah dan tenggelamlah segala-galanya di muka bumi. Yg terselamat hanyalah mereka di dlm kapal nabi Nuh.

11 ) Nabi Nuh ada 4 org anak lelaki; Yam, Shem, Ham dan Japheth. Yam tidak percaya kpd Allah. Dia enggan naik atas kapal dan ckp dia boleh tunggu di atas gunung. On the spot, Allah terus pisahkan dua beranak tu dgn ombak air dan menenggelamkan Yam.
12 ) Nabi Nuh tunggu utk banjir reda selama 6 bulan. Hari2 dia hantar burung utk check keadaan di luar kapal dan setiap kali tu, burung tu kembali tanpa membawa apa-apa. Suatu hari burung tu kembali membawa sehelai daun. Which was a good sign. Kali kedua burung tu kembali, terdapat kesan tanah di kakinya. A sign that the flood was over.
13 ) Sama seperti masa mula2 ia dibina, kapal nabi Nuh mendarat di atas sebuah gunung.
14 ) Dengan kuasa Allah, semua pengikut nabi Nuh yg terselamat tidak beranak pinak/jadi mandul. Hanya keluarga nabi Nuh sahaja dpt melahirkan zuriat. Oleh sbb itu, nabi Nuh digelar “The Second Adam” kerana semua keturunan manusia yg hidup skrg berasal dari keturunan nabi Nuh.
15 ) Nabi Nuh hidup selama 350 tahun lagi selepas banjir besar itu.
Penulis asal Sharifah Syazreen Al Idrus