Kisah Nabi (Part 4/25) : Nabi Hud AS
Tahukah anda….
1) Nabi Hud datang dari kaum Ad, sebuah kaum yg tinggal di tempat bernama Ad yg suatu ketika dahulu terletak di antara Oman dan Yemen. Skrg tempat tu dan seluruh kaum Ad dah tak ada.
2) Kaum Ad ni orangnya bersaiz sangat-sangat besar dan sangat-sangat tinggi bagaikan gergasi. Mereka mempunyai segala jenis kekuatan; kekuatan fizikal, kekayaan yg melampau, kuasa politik, peradaban yg paling maju, kebijaksanaan, semualah. Kalau zaman dulu ada Nobel Prize diorg boleh bolot semualah.
3) Mereka juga boleh hidup beribu tahun lamanya dan setiap sorang dapat melahirkan ratusan anak. Mereka terkenal dgn rumah-rumah mereka yg terlampau besar. Kayanya mereka ni, mereka boleh bina istana mewah di atas gunung-gunung untuk suka-suka, bukan untuk tinggal dalam tu pun. Hanya untuk bermegah-megahan. Dikatakan sehingga kiamat pun tidak akan ada istana sehebat istana yg dibina kaum Ad. Dan kuatnya mereka sampai boleh cabut pokok pakai tangan je. Kira hebat sgt lah diorg ni.
4) Allah sebut dlm Al Quran, kaum Ad merupakan kumpulan manusia yg paling hebat pernah dicipta; tiada manusia yg pernah dicipta seperti kaum Ad sebelumnya.
5) Namun kaum Ad merupakan kaum pertama yg memperkenalkan penyembahan tuhan selain daripada Allah (syirik) selepas zaman nabi Nuh. Mereka menyembah berhala.
6) Allah hantarkan seorang nabi di kalangan mereka iaitu nabi Hud yang tidak putus-putus berdakwah kpd mereka untuk bertaqwa kpd Allah. Dan seperti kaum nabi Nuh, mereka menghina, mencaci dan memperlekehkan nabi Hud. Nabi Hud berdakwah lagi, ingatlah bahawa kamu adalah keturunan Nuh yg terselamat dari malapetaka, bertaqwalah kpd Allah! Mereka lemparkan pelbagai tuduhan kpd nabi Hud. Mereka ckp dia gila, dirasuk hantu, penipu dan sebagainya.
7) Kaum Ad cabar nabi Hud, “di mana tanda-tanda tuhanmu? Tunjuklah! Kau kata tuhanmu akan menghukum kami, tunjukkanlah! Tiada siapa boleh menghukum kami kerana kami terlalu kuat.” Kaum Ad sangat-sangat bongkak. Kemudian mereka bertanya lagi, “Siapa yg lebih kuat dari kami?” mereka lupa yg Allah jauh lebih kuat daripada mereka.
8 ) Nabi Hud mengangkat sumpah bahawa dia tidak terlibat dgn kejahilan kaum Ad dan dia percaya kpd Allah. Kemudian nabi Hud pulak cabar mereka, “lawanlah aku! Kalau kau betul-betul kuat, lawanlah aku! Sesungguhnya aku berserah kpd Penciptaku.” Lepas dgr cabaran nabi Hud tu, somehow mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Terdetik dlm hati mereka sekelumit rasa takut/percaya. Like, eh biar betul dia ni.
9) Nabi Hud berdoa kpd Allah untuk tunjukkan kebenaran. Maka Allah turunkan musim kering di negeri Ad selama 3 tahun. Kaum Ad mula meminta-minta dari ‘tuhan’ mereka utk turunkan hujan.
10 ) Nabi Hud berdakwah lagi. Nabi Hud berpesan sekiranya mereka mahukan hujan mereka perlu beristighfar dan bertaubat. Maha Pencipta akan mengurniakan hujan yg indah dan lebih banyak kekuatan kpd mereka. Namun kaum Ad tetap berdegil.
11) Kemudian datanglah langit hitam ke atas mereka. Mereka sgt happy sbb ingat langit tu sarat dgn air hujan. Namun yg turun adalah angin taufan yg tersangat kuat, sejuk dan bising, selama 7 malam 8 hari. Angin tersebut telah musnahkan seluruh Ad dgn amatlah dahsyat. Hancurnya mereka dek angin taufan tu sehingga tiada sedikit pun yg tinggal. Begitulah kepupusan kaum Ad. Allah didn’t just destroy 10-20 people guys, but a whole nation. Just like that.

12) Something to learn here: sebelum Allah menghukum seseorang or sesuatu kaum tu, Dia bagi segala mcm nikmat – harta, perempuan, kuasa, zuriat, kecantikan, semua. Bila kita dah khayal dgn keseronokan nikmat dunia, Allah rentap balik segalanya. Always remember that everything belongs to Allah and always, always bersyukur.
Ceramah Ustaz Auni bercerita berkenaan Nabi Hud AS
Kisah Nabi (Part 3/25) : Nabi Nuh AS
Penulis asal Sharifah Syazreen Al Idrus