TerasMalaysia

Kisah Nabi (Part 6/25) : Nabi Ibrahim AS (Part 1)

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kisah Nabi (Part 6/25) : Nabi Ibrahim AS (Part 1)

Tahukah anda…

1) Nabi Ibrahim berasal dari Babylon yg kini dikenali sebagai Iraq.

2) Bapa nabi Ibrahim seorang pembuat patung berhala. Dia cuba melatih nabi Ibrahim utk mengambil alih bisnes penjualan patung berhala sejak kecil. Namun nabi Ibrahim merupakan seorang kanak2 pintar. Sejak umur 7 tahun dia dah mula soal mcm2 ttg tuhan. Dia tgk bapanya ukir patung berhala kemudian tgk org beli dan sembah patung2 tu. Dia soal bapanya, kenapa org sembah patung buatan tgn bapanya tu? Bapanya cuma jwb, jgn persoal tradisi nenek moyang kita.

3) Suatu hari bapa nabi Ibrahim suruh bawak beberapa patung berhala utk dijual kpd org ramai. Otw nak pegi jual tu dia lalu sebuah sungai. Nabi Ibrahim campak patung2 td ke dlm sungai dan berkata, “berenanglah! Kalau kau dewa yg hebat, selamatkan diri dan berenang!” Tapi patung2 td terus tenggelam ke dasar sungai.

4) Sehari dlm setahun, kaum nabi Ibrahim akan sambut sebuah perayaan di mana mereka akan berkumpul di tgh kota utk menyembah berhala. Sedang org ramai sibuk berpesta, nabi Ibrahim telah menghancurkan patung2 berhala di tempat penyembahan dgn kapak. Dia tinggalkan satu patung yg paling besar kemudian dia letakkan kapak td di tgn patung tu.

5) Bila org ramai sedar apa dah jadi, ramai yg suspect Ibrahim yg buat sbb dia mmg famous dgn soalan2 cepumas ttg dewa2 mereka. Lagipun Allah kurniakan kpd Ibrahim kehebatan berdebat jd mmg dia famous la sbb hebat berdebat ttg agama ni. Jadi org2 musyrik td confront dia utk siasat betul ke dia yg buat.

6) Nabi Ibrahim jwb, “kenapa tanya aku? Tanyalah si besar tu. Sah2 kapak ada kat tgn dia, mestilah dia yg hancurkan kwn2 dia yg lain.” Mereka jwb balik, “kau ni bodoh ke? Itu kan patung, tak mungkin ia boleh bercakap atau bergerak!” Nabi Ibrahim jwb balik, “skrg ni aku atau kau yg bodoh? Kau tahu patung2 tu tak boleh bergerak, bercakap, makan atau minum, tak boleh lindungi diri sendiri bila ada yg cuba menghancurkannya, jadi kenapa kau sembah dia?” Dalam hati mereka ada terdetik, hmm makes sense jugak. Tapi sebabkan ego utk pertahankan tradisi nenek moyang, mereka bersetuju utk bunuh nabi Ibrahim.

7) Mereka nyalakan unggun api yg sgt besar dan panas utk bakar nabi Ibrahim. Mereka ikat nabi Ibrahim kat pucuk pokok utk slingshot dia masuk dlm api. Dahsyat kan? Kemudian Jibril dtg kpd Ibrahim utk hulurkan bantuan. Nabi Ibrahim punyalah berserah kpd Allah, dia ckp kat Jibril, tiada siapa boleh tlg dia kecuali Allah shj. Kemudian Allah perintahkan api tadi utk menjadi sejuk dan nyaman utk Ibrahim. Refer Al Quran (21:69).

Lokasi tempat dibakarnya Nabi Ibrahim AS

8 ) Nabi Ibrahim berjalan keluar dari api tadi tanpa terbakar sedikit pun. Yg terbakar cumalah tali yg mengikat badannya tadi. Semua org pun terkejut terpaku, takut utk buat apa2 lagi kat nabi Ibrahim. Dan mulalah ramai yg menjadi pengikutnya. Org pertama yg menjadi pengikutnya ialah nabi Lut, anak saudaranya yg masa tu masih kecil lagi.

9) Raja Namrud, seorang raja dari negeri lain dah terdengar ttg nabi Ibrahim yg makin famous tu. Dia hantar askar2 dia utk bawakan nabi Ibrahim dtg mengadap. Raja Namrud ni evil king yg mengaku dia tuhan. Dia berdebat dgn nabi Ibrahim. “Kau kata tuhan boleh menyebabkan hidup dan mati, aku pun boleh buat.” Dia panggil 2 org banduan yg telah dijatuhkan hukuman mati. Dia bebaskan sorang dan sorang lagi dibunuh. “Nah! Aku dah menyebabkan hidup dan mati. Akulah tuhan!”

10) Nabi Ibrahim jawab, “Tuhanku membuat matahari terbit dari timur dan tenggelam di barat. Kalau kau boleh terbitkan matahari dari barat aku akan menyembahmu.” Raja Namrud rasa ego dia tercalar. Kalau nabi Ibrahim ni org biasa2, dah lama dia bunuh. Tapi sbb semua org tahu yg he cannot be harmed, kena bakar pun tak mati, jadi Raja Namrud agak takut dgn dia dan telah halau dia keluar dari negara tu.

11) Nabi Ibrahim, Lut dan Sarah (by this time nabi Ibrahim dah berkahwin dgn seorang wanita jelita bernama Sarah) berhijrah ke As-Sham. Otw ke sana mereka lalu sebuah tempat bernama Harran. Di sini org2nya lagi pelik, mereka sembah bintang.

12) Nabi Ibrahim buat2 sembah bintang jgk. Bila terbit matahari bintang pun hilang. Ibrahim buat2 marah, dia kata tuhan mana boleh kejap ada kejap hilang! Kemudian dia buat2 sembah bulan dan lepas tu matahari pulak. Sama je, semua akan hilang bila siang bertukar mlm dan mlm bertukar siang. Nabi Ibrahim berdakwah, sembahlah tuhan yg mencipta sekalian alam, yg mencipta siang dan malam, yg kekal abadi.

13) Mereka teruskan perjalanan ke negeri Sham. Sampai di Sham, Sarah ditangkap oleh pengintip raja Sham utk menjadi gundiknya. Raja tu tak boleh tgk perempuan cantik, dia akan tangkap dan jadikan gundik istana. Sarah merupakan perempuan tercantik yg pernah raja tu jumpa so dia sgt excited. Sarah berdoa kpd Allah utk perlindungan. Bila raja tu tgk Sarah bersedih, dia pun jadi sedih jgk. Jadi dia lepaskan Sarah dan hadiahkan Sarah seorang hamba perempuan bernama Hajar.

14) Nabi Ibrahim dan Sarah tinggal di Kota Sham bertahun2 lamanya sampailah tua. Perniagaan mereka maju dan mereka hidup senang.

Kisah Nabi (Part 5/25) : Nabi Saleh AS

Penulis asal Sharifah Syazreen Al Idrus

Leave a Comment