Kisah Nabi Part 625 Nabi Ibrahim AS Part 2

Kisah Nabi (Part 6/25) : Nabi Ibrahim AS (Part 2)

Tahukah anda…

…sambungan

1) Nabi Ibrahim dan Sarah hidup bahagia, mereka mempunyai segalanya tapi nabi Ibrahim rasa mcm kekurangan sesuatu. Dia teringinkan seorang zuriat. Sarah seorang perempuan mandul dan pada ketika itu Sarah dah tua. Nabi Ibrahim pun dah berusia 85 tahun. Tapi kasihnya Sarah pada suaminya, Sarah hadiahkan hambanya bernama Hajar kpd Ibrahim dan mengizinkan mereka berkahwin. Tak lama kemudian, dgn izin Allah, Hajar mengandung.

2) Hari yg ditunggu pun tiba dan Hajar melahirkan anak lelaki bernama Ismail. Bayangkan umur dah 85 baru dpt anak, mestilah nabi Ibrahim sgt teruja dgn kelahiran anaknya.

3) Mimpi pertama: Allah perintahkan nabi Ibrahim utk membawa Siti Hajar dan anak yg baru lahir tadi ke sebuah tanah tandus di As-Sham, tinggalkan mereka di situ dan terus pulang kpd Sarah, isteri pertamanya. Oleh sbb ini perintah Allah, nabi Ibrahim terus lakukan tanpa mengeluh atau byk tanya. Ini ujian Allah kpd nabi Ibrahim, nak tgk dia sanggup tak meninggalkan anak bini dia mcm tu je, atas nama agama. And he passed the test.

Gambar hiasan

4) Hajar dan Ismail ditinggalkan in the middle of nowhere. Bila makanan dah habis, susu badannya pun dah kering, Ismail mula menangis dan Hajar rasa dia perlu lakukan sesuatu. Dia berlari-lari anak ke atas sebuah bukit bernama Safa utk tgk dari atas kalau ada org lalu utk dia minta bantuan. Kemudian berlari-lari anak ke sebuah lagi bukit bernama Marwa dan tinjau dari atas bukit tu pulak. Dia ulang alik beberapa kali dari dua bukit tersebut. Tiba-tiba dia terdengar satu bunyi dari bawah. Hajar lari turun dari bukit ke arah anaknya and guess what, yg dia dgr tu ialah bunyi air yg sedang memancut keluar dari tanah. Allah telah turunkan bantuan.

5) Hajar ambil sedikit tanah basah dan bentukkan ia menjadi sebuah mangkuk kemudian dia tadah air menggunakan mangkuk tu. Bila dah penuh, dia sebut “Zam! Zam!” yg bermaksud, “Berhenti! Berhenti!” sbb air tu tak berhenti memancut. Itulah air zam zam yg sampai skrg pun tak berhenti keluar dari tanah. Dari air tu dapatlah Hajar minum dan hasilkan susu utk Ismail.

Telaga Air Zamzam

6) Kat padang pasir biasanya pengembara nomad akan cari burung sbb kat mana ada burung di situ ada air. Org2 Jurhum merupakan sebuah kaum yg sedang mengembara di situ dan dari jauh mereka ternampak kumpulan burung yg berterbangan di atas air zam zam tadi. Bila dtg dekat, ternampak ada seorang wanita dan seorang bayi. Mereka pun bertanya kpd Hajar, “bolehkah kami menetap di sini? Kerana di sini ada air, sebuah keajaiban di tgh padang tandus!” Hajar tgk mereka ni org2 baik, jadi dia pun izinkan mereka menetap di situ dan minum dari air zam zam, dengan syarat perigi air zam zam menjadi hak dia dan anaknya. Maka bermulalah penempatan manusia di kawasan itu yg skrg ni dikenali sbg Mekah. Kaum Jurhum syg kpd Ismail. Mereka membelanya dgn baik, mengajarnya bahasa Arab dan membesarkannya sbg org yg beriman.

7) Lepas nabi Ibrahim pass ujian yg pertama td, dia selalu jgk dtg jenguk anaknya Ismail. Ismail telah membesar dgn sempurna, sgt beriman kpd Allah, boleh kira the perfect son lah. Dan nabi Ibrahim sgt syg pd anaknya.

8 ) Mimpi kedua: Nabi Ibrahim berkata kpd Ismail, “aku telah mendapat mimpi. Allah telah memerintahku utk menyembelihmu.” Tanpa berfikir panjang Ismail terus berkata, “ayah mesti lakukan. Ini perintah Allah.” Begitulah taatnya Nabi Ismail kpd Allah. Lalu mereka menuju ke sebuah tempat tak berapa jauh dari situ. Ismail yakin Allah takkan menyakitinya. Semasa dlm perjalanan, Iblis muncul utk timbulkan ragu2 dlm hati Ibrahim. Dia tanya, betul ke kau nak bunuh anak kau ni? Ibrahim campakkan batu ke arah Iblis tu. Iblis pergi kat Ismail pulak dan cuba hasut Ismail, kau sanggup mati dibunuh bapa sendiri? Ismail campakkan batu ke arah Iblis. Iblis pergi ke arah kedua-duanya dan cuba menghasut buat kali ketiga utk menghentikan mereka dari melaksanakan perintah Allah. Ibrahim dan Ismail campakkan batu ke arah Iblis tu lagi. Inilah asal usul Jamratul Ula, Wusta & Aqabah yg jemaah haji lontar2 batu tu.

9) Sampai di tempat yg dituju, Ismail sedia berbaring utk disembelih. Sebelum apa2, dia pesan kpd bapanya, “nnt dulu, terbalikkan aku supaya apabila mukaku menghadap ke tanah ayah tak dpt melihat wajahku dan tajamkanlah pisau itu supaya ayah boleh melakukannya dgn cpt.” Ismail tak nak ayah dia tgk muka dia sbb takut timbul rasa simpati dan terus ragu2 utk menjalankan perintah Allah.

10) Apabila disembelihnya Ismail, pisaunya tidak terbenam. Dicuba dan cuba lagi, nothing happened. Rupanya setiap kali dia cuba sembelih, bilah pisau yg tajam jadi terbalik ke atas. Even pisau pun refuse utk melakukan sesuatu jika Allah tak izinkan. Ini ujian Allah kpd nabi Ibrahim, nak tgk dia sanggup tak membunuh satu-satunya anak yg disayanginya, atas nama agama. And he passed the test.

11) Mimpi ketiga: Allah perintahkan nabi Ibrahim dan Ismail utk membina Kaabah. Ibrahim dan Ismail kumpulkan batu2 dan mula membina sebuah bangunan berbentuk kotak. Batu-batu biasa tu bila disusun satu persatu, ia saling melengkapi dgn sgt perfect mcm buat jigsaw puzzle sampailah membentuk seperti kotak. Nabi Ibrahim berdiri di atas sebuah batu dan nabi Ismail hulurkan batu bata kpd bapanya. Bila nabi Ibrahim nak susun batu di bahagian atas, batu yg di bawah tapak kakinya naik ke aras ketinggian yg diperlukan kemudian turun ke aras rendah bila nabi Ismail hulur batu kpd nabi Ibrahim. Hebatkan?

12) Utk piece yg terakhir, nabi Ibrahim suruh nabi Ismail cari batu yg paling cantik utk melengkapi Kaabah namun tak jumpa batu yg sesuai. Tiba2 nabi Ibrahim dtg kpd anaknya sambil membawa sebuah batu yg sgt cantik dan suci. Nabi Ibrahim berkata batu itu Allah telah turunkan kepadanya dari Jannah. Itulah batu Hajar Al-Aswad. Batu yg asalnya besar tu kini dah tinggal small pieces je sbb dah byk kali jatuh dan byk bahagian yg dicuri; dan dulunya suci bersih kini menjadi hitam sbb byk kali disentuh dan dicium manusia.

batu Hajar Al Aswad

13) Setelah lengkap Kaabah tu, batu yg di bawah tapak kaki nabi Ibrahim tadi menjadi lembut seketika menyebabkan tertinggalnya kesan tapak kaki nabi Ibrahim. Allah sengaja buat mcm ni utk tinggalkan artifak batu tu sbg peringatan kpd manusia ttg peristiwa bersejarah ni. Refer Al Quran (2:12). Sampai skrg batu tu ada lagi di Mekah.

14) Kemudian Allah perintahkan nabi Ibrahim utk melaungkan panggilan kpd seluruh umat manusia utk dtg menunaikan ibadah haji. Nabi Ibrahim tgk sekeliling, tak ada org. Situ kan kawasan padang pasir. Siapa yg akan dgr panggilannya? Nabi Ibrahim berkata kpd Allah, “Ya Allah suara ku tidak sampai.” Allah suruh nabi Ibrahim laksanakan saja perintah tu dan yg lain tu berserah kpd Allah. Jadi nabi Ibrahim pun laungkan, “hai manusia! sesungguhnya Allah telah memerintahkan kalian semua untuk melaksanakan haji ke baitullah ini, supaya kalian mendapat pahala ke syurga dan menyelamatkan kalian dari seksa neraka. Maka hajilah kalian!” Dan sampai skrg, tak henti2 manusia dari seluruh pelusuk dunia dtg ke Mekah utk mengerjakan haji.

15) Selesai ujian dan perintah Allah ke atas nabi Ibrahim, dtg lah pula berita2 gembira. Pada usia nabi Ibrahim 120 tahun dan isterinya Sarah 90-an, tiga malaikat bertemu nabi Ibrahim memberi berita gembira yg Sarah mengandung anak lelaki iaitu nabi Ishak. Sarah terkejut sbb mereka sudah sgt tua dan Sarah seorang wanita mandul.

16) Berita gembira bersambung lagi, bukan itu sahaja, mereka akan hidup cukup lama utk melihat anak kpd Ishak iaitu Yaakub. Allah ceritakan dlm Al Quran, nabi Ibrahim melahirkan keturunan para nabi iaitu Ishak, Yaakub, Ayub, Yusuf, Musa, Harun, Zakaria, Yahya, Isa, Ilyas, Ismail, Ilyasa, Yunus dan Lut. Nabi Muhammad juga dari keturunan ni. Allah janjikan 2 benda yg akan kekal dlm keluarga nabi Ibrahim – kenabian dan wahyu Allah.

17) Nabi Ibrahim disanjung sbg nabi oleh pelbagai agama – Islam, Kristian, Yahudi – semua menghormati ajaran nabi Ibrahim dan namanya disebut dlm semua kitab. Nabi Ibrahim mempunyai darjah kebesaran yg paling besar di kalangan nabi2, selepas nabi Muhammad. Impaknya wujud sampailah skrg.

Sumber

Kisah Nabi (Part 6/25) : Nabi Ibrahim AS (Part 1)

Penulis asal Sharifah Syazreen Al Idrus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *