TerasMalaysia

Kisah romantik bertukar kisah kelakar bila pakcik ni…

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kisah romantik bertukar kisah kelakar bila pakcik ni…

Siapa saja mesti rasa gembira jika menerima hadiah, lebih-lebih lagi dari orang yang tersayang, tak kiralah hadiah mahal atau tidak bukan.

Sama juga yang berlaku dalam video tular ini yang memaparkan seorang suami memberi hadiah kepada isterinya.

Namun sesuatu yang dirancangkan untuk ‘surprise’ itu bertukar menjadi sesuatu yang lucu atas satu hal tak terduga.

Dalam video berkenaan, cara si suami memakaikan rantai emas itu pada isterinya yang mengundang ketawa orang ramai.

Di dalam video yang dikongsikan ini, dapat dilihat suami tersebut sedang bersedia untuk memakaikan rantai emas kepada si isteri sebagai kejutan.

Si suami kemudiannya duduk di belakang isterinya dan menyarungkan rantai emas itu.

Namun, rantai emas itu akhirnya tersangkut pada bahagian bibir isterinya itu sekaligus mengubah situasi menjadi lucu. Ia juga turut mengundang ketawa dari orang sekeliling apabila suasana romantik dari si suami itu berubah menjadi kelakar akibat kesilapan itu.

Apa yang lebih menarik perhatian, suami tersebut kemudian tetap menarik rantai emas itu gara-gara tidak sedar bibir isterinya telah pun tersangkut. Situasi ini turut menarik perhatian netizen di mana rata-ratanya terhibur dengan gelagat si suami.

Baca : Nampak macam tak ada apa-apa, rupanya jutawan segera hasil seludup PATI

Leave a Comment