TerasMalaysia

Kisah sedih yang berlaku disebalik lagu ‘Nur Nilam Sari’ yang ramai tak tahu, ada kena mengena dengan M.Nasir

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kisah sedih yang berlaku disebalik lagu ‘Nur Nilam Sari’ yang ramai tak tahu, ada kena mengena dengan M.Nasir.

M. Nasir merupakan seorang penggubah lagu yang mementingkan konsep Nusantara dalam lagu-lagunya. Beliau mula menceburi bidang muzik dengan menulis lirik untuk album Alleycats iaitu “Terima Kasih (1979)” dan menubuhkan kumpulan muziknya sendiri iaitu Kembara. Beliau juga telah membuka syarikat rakaman muziknya sendiri iaitu Luncai Emas dan dari sini jugalah beliau menjadi lebih terkenal lebih-lebih lagi dalam penulisan lirik dan penggubah lagu.

“Lirik dahulu cukup mendalam. Kita rasakan betapa bingitnya kehidupan. Kerap kali, orang tua kita dahulu memang tak tahu apa yang kita sebenarnya buat dalam kita bergelar anak seni.” – M. Nasir, dipetik dari Berita Harian.

Penulisan lirik beliau amat mementingkan konsep metafora, analogi, dan puitis sehingga ramai orang cuba untuk mentafsir lirik-liriknya, ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya mentafsirnya. Jadi, mari kami bongkarkan beberapa lagu-lagu M. Nasir yang mempunyai maksud tersirat sehingga menjadi bualan peminat-peminat muzik.

Lagu Nurnilam Sari: dicipta khas untuk pemergian isterinya

Mesti korang tahu lagu ini dinyanyikan oleh Awie bersama dengan kumpulan Search dalam album Bikin Wilayah (1996) tetapi sebenarnya lagu ini adalah kepunyaan M. Nasir. Lagu ini merupakan dari album Srikandi Cintaku (1999). Namun, lagu ini sebenarnya mempunyai kisah sedih yang pernah menimpa M. Nasir sendiri.

Kisah sedih yang berlaku disebalik lagu 'Nur Nilam Sari' yang ramai tak tahu, ada kena mengena dengan M.Nasir

Pada 8 Ogos 1998, kita dikejutkan dengan pemergian seorang biduanita dari kumpulan Ideal Sisters iaitu Junainah Johari yang merupakan isteri kepada M. Nasir akibat penyakit lelah. Allahyarhamah Junainah atau nama panggilannya Nana, diserang penyakit lelah pada pukul 10 pagi lalu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh. Namun, beliau menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Kalau korang nak tahu, Allahyarhamah Nana menghembuskan nafas terakhir selepas melahirkan anak bongsunya iaitu Nur Nilam Sari yang berusia dua bulan. M. Nasir juga mempunyai anak lelaki iaitu Shafi’i, Hidayat, Ilham, dan Yasin. Bagi M. Nasir, Nur Nilam Sari merupakan pelengkap kepada keluarganya kerana mereka sebelum ini inginkan cahaya mata perempuan.

Pemergian Alllahyarhamah Nana sangat meninggalkan kesan kepada hidup M. Nasir, hidupnya dulu yang penuh dengan irama lagu dan kegembiraan tetapi digantikan dengan irama muzik hujan dan kesedihan selepas kehilangannya. Oleh itu, M. Nasir menciptakan lagu ini khas untuk kisah sedih ini dan Loloq sebagai penulis lirik.

BACA:
Wanita alami masalah lepas pakai wax di ketiak, tumbuh benjolan yang besar sehingga perlu dibedah
“Nak hantar anak asrama penuh zaman sekarang pun takut” – Lelaki dedah budak sekarang senang terdedah dengan LGBT
Selebriti jelita merangkap isteri orang jatuh hati dengan duda jutawan, tunggu masa dilepaskan akibat masalah rumah tangga

Leave a Comment