KKD Sedia Memberi Kerjasama Tentang Isu Menara Kuala Lumpur
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memantau rapat dan meneliti isu berhubung pengambilalihan pegangan saham penuh bagi pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL).
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau memandang serius isu yang dibangkitkan di media sosial serta soalan-soalan yang ditanya oleh media mengenai perkara berkenaan.
“Saya telah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada KKD pada 14 Disember lalu. Saya juga akan menerima satu taklimat menyeluruh berhubung perkara ini daripada pihak Telekom Malaysia (TM) pada 3 Januari depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial berhubung pengambilalihan pengurusan Menara KL melalui pegangan saham penuh daripada pihak TM melalui anak syarikatnya, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd pada 31 Oktober lalu.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau memandang serius isu yang dibangkitkan di media sosial serta soalan-soalan yang ditanya oleh media mengenai perkara berkenaan.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau difahamkan bahawa konsesi pengurusan Menara KL kini dalam tempoh interim ketiga sehingga 31 Disember ini oleh MKLSB.
“KKD memantau rapat isu ini dan bersedia untuk memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung isu ini,” katanya.
10 Jenis Zakat Harta Yang Orang Tak Tahu Boleh Bantu Asnaf Yang Memerlukan