“Korang gunalah cermin surau” – Mak nyah buat perangai, suruh wanita betul tudung tempat lain

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Korang gunalah cermin surau” – Mak nyah buat perangai, suruh wanita betul tudung tempat lain

Baru-baru ini, tular ciapan mendedahkan golongan transgender ini menimbulkan rasa kurang senang apabila enggan keluar dan memberi ruang kepada wanita yang sedang memperbaiki tudung mereka di hadapan cermin tandas.

Dedahnya, dia kurang senang apabila seorang mak nyah yang agak dikenali bersama rakan-rakannya sibuk membetulkan mekap dan enggan keluar bagi memberi ruang kepada wanita yang sedang memperbaiki tudung mereka di hadapan cermin tandas.

Rentetan itu, terdapat seorang individu dikenali @hanabelie memuat naik ciapan dan meluahkan pandangan peribadinya mengenai isu tersebut.

Dalam ciapan tersebut, wanita berkenaan menyarankan para muslimah di luar sana untuk mencari tempat lain untuk ‘betulkan’ hijab mereka seperti di dalam surau.

Malah, dia menyifatkan sikap ‘dramatik’ segelintir pengguna muslimah menimbulkan rasa kurang senang penganut agama lain.

Ujarnya lagi, aurat seorang wanita bukan sahaja tidak boleh diperlihatkan kepada lelaki, malah wanita bukan beragama Islam juga tidak boleh melihat aurat muslimah.

Bagaimanapun, pandangannya mendapat reaksi negatif yang rata-rata meminta orang ramai menghormati pengguna tandas awam terutama golongan muslimah.

Sumber

Baca : Ibu terkejut dapat tahu bibir anak digigit cikgu lelaki, sampai murung nak pergi sekolah sebab takut

Leave a Comment