Kucing yang memiliki keajaiban yang luar biasa, baring di sebelah orang yang bakal meninggal dan ramal 100 kematian.
Pada tahun 2005, seekor anak kucing berusia enam bulan bernama Oscar telah diambil sebagai haiwan peliharaan oleh sebuah rumah jagaan di Amerika Syarikat (AS) untuk dibesarkan sebagai kucing terapi.
Bagaimanapun, para pekerja di rumah jagaan berkenaan menyedari sesuatu yang aneh tentang kucing tersebut.
Walaupun Oscar biasanya lebih suka bersendirian, dia kadang-kadang merangkak ke katil penghuni di rumah jagaan berkenaan dan baring di sebelah mereka.
Perkara yang menakutkan tentang hal ini ialah penghuni yang Oscar pilih untuk berbaring di sebelah biasanya akan meninggal dalam beberapa jam.
Pada mulanya, kakitangan rumah jagaan itu tidak terlalu memikirkan hal berkenaa. Namun, selepas kejadian serupa berlaku sebanyak 20 kali, mereka mula percaya bahawa Oscar tahu apabila seseorang itu bakal menemui ajal.
Justeru, apabila mereka melihat kucing itu di berada sebelah penghuni, mereka akan menghubungi waris penghuni tersebut untuk memberi peringatan awal.
Penyelidik membuat spekulasi bahawa Oscar boleh menghidu biokimia yang dikeluarkan oleh sel yang bakal mati dan memilih untuk menenangkan penghuni rumah berkenaan yang kesepian.
Pada satu ketika, kakitangan yakin bahawa seorang penghuni akan meninggal dunia, tetapi Oscar enggan duduk bersama penghuni berkenaan.
Sebaliknya, dia memilih penghuni lain yang kelihatan lebih sihat, dan individu itu meninggal dunia terlebih dahulu.
Oscar mati pada 2022, dan sepanjang hidupnya, dia meramalkan lebih 100 kematian dengan tepat.
In 2005, a six-month-old kitten named Oscar was adopted by a nursing home in the US to be raised as a therapy cat. However, the workers noticed something peculiar about him.
— Morbid Knowledge (@Morbidful) October 13, 2023
While Oscar usually preferred to be alone, he occasionally crawled into a resident’s bed and snuggled… pic.twitter.com/DLGngnNYrD