Kurang Ajar Sikap Gadis Ini Selamba Letak Motosikalnya Di Tempat Parking Kereta Undang Kemarahan Netizen

“Kurang Ajar!” – Sikap Gadis Ini Selamba Letak Motosikalnya Di Tempat Parking Kereta Undang Kemarahan Netizen

Pernah tak anda mengalami situasi apabila dah jumpa parking kosong tiba-tiba ia diambil orang lain?

Lebih-lebih lagi, di shopping mall. Bila dah jumpa parking cantik dan dah bersiap sedia, datang pula manusia yang tidak beradab terus masuk ke dalam parking tersebut. Sakit hati bukan?

Sama juga seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila seorang individu berkongsi rakaman dashcam keretanya ketika sebuah motosikal selamba masuk parking kereta telah mengundang kemarahan netizen.

Menerusi perkongsian video berkenaan, kelihatan seorang wanita berkongsi rakaman dashcam ketika seorang penunggang motosikal selamba masuk parking.

Pada ketika itu, dia sedang mengundurkan kereta untuk masuk ke dalam kotak parking tersebut. Namun, ada sebuah motosikal dengan selambanya masuk ke dalam parking itu.

Walaupun dah membunyikan hon, penunggang itu tetap parking di situ. Malah, dia dengan tidak rasa bersalahnya terus masuk ke kedai. Situasi itu membuatkan rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik motosikal itu.

Sumber

Baca : Budak Lelaki Ini Bertanya Kepada Ibunya Kenapa Resit Kena Ada Perkataan ‘Sahaja’ Mencuri Tumpuan Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *