Lagi 3 hari nak kahwin, lelaki terpaksa ‘kahwin’ dengan sepupu sebab nak tutup aib keluarga
Sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Kayeeesss di TikTok, pada awalnya dia berasa teruja melakukan persiapan menjelang hari bahagianya. Bukan itu sahaja, kad jemputan perkahwinan turut diagihkan kepada para tetamu termasuklah rakan sekerja.
Jemputan atas nama dan gambar aku tapi bila majlis nanti bukan aku yang jadi pengantinnya. Sebaik-baik perancangan manusia, Allah punya kehendak yang lebih baik.
Walau bagai mana pun, pernikahannya dibatalkan tiga hari sebelum majlis kerana bakal suaminya akan berkahwin dengan wanita pilihan orang tua.
3 hari sebelum nikah dapat berita yang dia akan berkahwin dengan perempuan lain yang dah pilih oleh ibu bapanya. Terus urus borang pembatalan pernikahan.
Namun begitu, ‘bakal suami’ wanita terbabit yang dikenali sebagai Ryan tampil menyangkal segala dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Jelasnya, mereka terpaksa batalkan perkahwinan kerana pihak perempuan memintanya untuk menyediakan satu geran rumah sebagai salah satu daripada mas kahwin.
Yang nak batalkan perkahwinan itu bukan pihak lelaki tetapi pihak perempuan. Batal kan pun sebab mas kahwin yang diminta adalah geran rumah kalau cakap dari awal boleh saya pertimbangkan.
Susulan daripada itu, majlis perkahwinan tetap diteruskan kerana segala persiapan dan bayaran telah dibuat. Malah, sepupunya terpaksa berlakon sebagai pengantin perempuan demi menutup aib keluarga.
Dalam pada itu, ibu kepada lelaki terbabit dilihat begitu tenang dan masih memberi sokongan kepada anaknya. Ujarnya, tidak salah jika keluarga belah perempuan ingin menuntut mas kahwin dalam benda apa-apa pun, namun perlulah melihat dari segi kemampuan lelaki itu sendiri.