TerasMalaysia

Lagi besar dari kereta viva, pemilik sayang nak lepaskan lembu kesayangan, bakal jual kalau kena dengan harga

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lagi besar dari kereta viva, pemilik sayang nak lepaskan lembu kesayangan, bakal jual kalau kena dengan harga. Seekor lembu jantan menjadi tular di media sosial gara-gara saiznya yang luar biasa besar.

Lembu berkenaan yang dikenali sebagai King adalah dimiliki oleh Mohd Yusoff Mohamad, 32 dari Kampung Banggol Katong, Terengganu. Menurut pemiliknya, lembu baka limosin yang seberat 1,400 kilogram atau satu tan 400 kilogram itu dibelinya pada harga RM18,500 pada 2020 ketika berusia satu tahun.

“Saya beli lembu itu dengan harga RM18,500 pada 2020 ketika berusia setahun,” katanya.

Lembu berkenaan telah menarik perhatian ramai apabila gambarnya bersama sebuah kereta Perodua Viva menjadi tular dan rata-rata orang yang melihatnya berasa terkejut dan kagum dengan saiz lembu tersebut.

Lagi besar dari kereta viva, pemilik sayang nak lepaskan lembu kesayangan, bakal jual kalau kena dengan harga

Dalam gambar tersebut, lembu yang berusia 4 tahun itu kelihatan lebih besar daripada kereta Viva.

Mohd Yusoff Mohamad menceburkan diri dalam bidang penternakan lembu sejak lima tahun lepas dengan membela lembu kampung atau baka Kedah Kelantan (KK). Namun kemudian, dia mula beralih kepada lembu baka atau sado kerana lebih menguntungkannya.

“Sebelum ini saya bela lembu kampung atau baka Kedah Kelantan (KK) saja.

“Tetapi, sejak tiga tahun lalu saya beralih kepada lembu baka atau sado itu kerana ia lebih menguntungkan.

“Sebelum ini saya pernah membeli lembu baka berharga RM12,000 dan RM13,000, tetapi lembu itu dijual semula selepas beberapa bulan”

Lembu limosin itu merupakan lembu yang paling disayanginya dan oleh sebab itu dia enggan menjual lembu tersebut meskipun mendapat banyak tawaran. Malah, tahun lepas dia pernah ditawarkan RM24,000 untuk lembu tersebut tetapi dia tetap tidak mahu menjualnya.

Lagi besar dari kereta viva, pemilik sayang nak lepaskan lembu kesayangan, bakal jual kalau kena dengan harga

Meskipun begitu, Mohd Yusoff Mohamad mengakui bahawa dia mungkin akan menjual lembu tersebut jika harga yang ditawarkan bersesuaian.

“Saya membelanya terlalu lama menyebabkan sayang untuk menjualnya. Bagaimanapun, adat membela lembu, sayang macam mana sekalipun pada akhirnya ia dijual juga sekiranya harga ditawarkan bersesuaian,” katanya.

“Saya terus membelanya dan ingin melihat saiz yang boleh dicapai pada masa akan datang,” tambahnya lagi.

Difahamkan lembu baka limosin itu boleh membesar dan mencapai berat sehingga 1 tan 800 kg sekiranya dijaga dengan elok.

BACA:
Pasangan terkilan dapat tahu isterinya adik sendiri, dapat tahu setelah ibu meninggal selepas 30 tahun
“Setelah 10 tahun aku kahwin, aku tatang keluarga suami aku sama rata, luluh hati aku bila buka gallery dia sungguh tak sangka”
Dashboard kereta boleh jadi buruk dan rosak kalau pakai pewangi jenis cecair, ini sebabnya

Leave a Comment