Lain dari yang lain, peniaga bazar jual air balang guna akuarium buat netizen risau

Lain dari yang lain, peniaga bazar jual air balang guna akuarium buat netizen risau

Menerusi perkongsian menerusi seorang individu di media sosial iaitu Nughullllll, terdapat peniaga bazar Ramadan di Arau yang mahu tampil unik dengan menyediakan air balang dalam akuarium.

Meskipun idea yang ditampil berjaya menarik perhatian ramai, para netizen rata-ratanya di media sosial lebih risau soal kebersihan serta keselamatan air yang ditawarkan.

Menurut para netizen, akuarium sememangnya tidak sesuai dijadikan tempat untuk meletak air balang berikutan terdapat gam silikon pada akuarium. Selain itu, serpihan kaca-kaca yang halus mampu masuk dalam air yang ditawarkan pada para pelanggan.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang berpendapat akuarium yang dibuat daripada kaca ini lebih mudah terdedah kepada risiko pecah berbanding penggunaan bekas air balang yang biasa.

Sumber

Baca : Kajian menunjukkan tahap kesuburan lelaki di Malaysia amat rendah dan merisaukan

Leave a Comment