TerasMalaysia

Lain dari yang lain, peniaga shoppee jual surat tidak hadir ke sekolah, tak sangka sambutan luar biasa

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lain dari yang lain, peniaga shoppee jual surat tidak hadir ke sekolah, tak sangka sambutan luar biasa. Dengan kemudahan akses internet dan laman e-dagang, orang ramai jadi lebih kreatif dalam merebut peluang untuk menjana pendapatan.

Bagaimanapun, tindakan seorang penjual di Shopee yang menyediakan perkhidmatan membuat surat tidak hadir ke sekolah mengejutkan netizen di media sosial.

Perkara ini dikongsikan seorang pengguna Twitter @malissaali yang menyatakan perkhidmatan itu sebagai cara mudah untuk mendapatkan duit. Selain ciapan, beliau menyertakan tangkap layar jualan di laman Shopee.

Malah, harga bagi sekeping surat yang dibuatnya berharga 20 sen sehingga RM1. Menjengah ke akaun e-dagang peniaga tersebut, peniaga itu turut menawarkan perkhidmatan surat peletakan jawatan, permohonan cuti mahupun surat-surat lain yang diperlukan.

Menariknya, peniaga berkenaan menerima penarafan lima bintang daripada 146 ulasan yang diterima. Kesemua pelanggan turut mengesyorkan perkhidmatannya selain memuji servis yang terbaik.

Lain dari yang lain, peniaga shoppee jual surat tidak hadir ke sekolah, tak sangka sambutan luar biasa

Susulan itu, ciapan yang tular itu menjadi bualan netizen dan ramai mengakui bayaran sebanyak 20 sen yang dikenakan peniaga tersebut sebagai berbaloi selain menyifatkannya sebagai kreatif dalam usaha menambah pendapatan.

Tambahan pula, tidak semua orang dapat membuat surat dengan baik selain sibuk dengan hal yang lebih penting. Malah, ada sebahagian netizen yang merasakan harga yang ditawarkan terlalu murah untuk servis membuat surat atau template.

BACA:

Kerana ingin bersama anak selamanya, wanita sanggup makan kepala anak, siap cincang sebelum telan

”Macam mana dia nak makan?”, lelaki ini kunci kepala dalam sangkar semata-mata nak berhenti merokok

Wanita sempat rakam kelakuan ‘pervert’ lelaki ini dalam bas, siap ramas-ramas kusyen

Leave a Comment