TerasMalaysia

Lama menyepi dari dunia seni dan lakonan, Rupanya Fatiya Latiff dah tukar bidang

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lama menyepi dari dunia seni dan lakonan, Rupanya Fatiya Latiff dah tukar bidang

Lama menyepi daripada dunia lakonan, pelakon jelita Fatiya Latiff menerusi satu hantaran Instagram memaklumkan beliau kini bergelar seorang peguam.

“Officially a legal practitioner…” tulisnya ringkas.

Menerusi perkongsian itu juga, pelakon itu memaklumkan dia kini bekerja di syarikat guaman Tawfeek Badjenid & Partners.

Untuk makluman, pelakon yang popular menerusi drama Arianna Rose mempunyai kelulusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Memang bijak dan berbakat besar!

Di ruangan komen perkongsian, rakan artis dan pengikut media sosial mendoakan beliau berjaya dalam bidang yang diceburi.

Mereka gembira melihat kehidupan wanita jelita ini kini meskipun terpalit pelbagai kontroversi panas sebelum ini.

Difahamkan, Nur Fathia Abdull Latiff memang datang daripada keluarga terpelajar di mana adiknya merupakan seorang doktor.

Sumber

Baca : Gara-gara tak restu perkahwinan anak bersama isteri, ibu mentua sanggup sihir menantu siap lumur darah haid

Leave a Comment