TerasMalaysia

Lampu Isyarat Pintar Akan Dipasang Bagi Mengurangkan Kesesakan Jalan Raya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lampu Isyarat Pintar Akan Dipasang Bagi Mengurangkan Kesesakan Jalan Raya

Lampu isyarat pintar (smart traffic light) akan dipasang di tiga simpang utama di Saujana Utama dan tiga simpang di Puncak Alam, bagi mengurangkan kesesakan di kawasan terbabit.

Timbalan Setiausaha MPKS, Ahmad Jamzuri Mujaini berkata, ia sedang dilaksanakan di tapak melalui tender yang mengandungi skop penggantian controller convensional kepada smart controller berserta kamera litar tertutup (CCTV) dan sensor radar yang terkini bagi menggantikan sensor konvensional yang mudah rosak.

Menurutnya, tempoh pelaksanaan kerja adalah selama enam bulan dan ia dijangka siap pada Februari 2023.

“Saujana Utama sering menjadi pilihan pengguna jalan raya daripada kawasan lain sebagai jalan pintas ke Persiaran Shorea dan menuju ke Lebuhraya Guthrie.

“Sehubungan itu, projek sambungan jalan dari Persiaran Eco Grandeur ke Persiaran Shorea sedang dilaksanakan dan dijangka dibuka untuk pengguna bermula Mac 2023,” katanya.

penduduk di sekitar Saujana Utama, terpaksa berdepan isu kesesakan lalu lintas yang teruk berikutan kepadatan penduduk di kawasan berkenaan terutama ketika waktu puncak.

Malah, pembukaan laluan baharu di Persiaran Shorea juga dikatakan masih tidak mampu mengurangkan kesesakan di kawasan terbabit, sekali gus memberi kesan fizikal dan emosi kepada penduduk.

Justeru, penduduk mahu pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah yang sudah lama berlarutan itu.

Ahmad Jamzuri berkata, pembinaan jalan itu sedikit sebanyak dapat menyuraikan kesesakan trafik di Saujana Utama yang menghantui penduduk sekitar.

“Sebelum pemasangan sistem smart traffic light, Jabatan Kejuruteraan MPKS sering mengatur tetapan masa daripada semasa ke semasa bagi Simpang Utama, Saujana Utama mengikut keperluan semasa (hari persekolahan, hari cuti dan cuti am, waktu normal dan waktu puncak) susulan aduan yang diterima daripada pihak penduduk,” katanya.

Bas Ekspres Terbabas Di Gopeng, Dua Cedera

Leave a Comment