Lelaki ambil pun bila perlu sahaja, wanita ini selamba teguk sampai 4 tin sehari
Seorang gadis bernama Wan Nor Zahraa Farzana ada memuat naik sebuah video menyaksikan timbunan tin kosong serta botol air jenama Redbull.
Menurutnya, air tersebut diambil 4 botol setiap hari walaupun tahu akan kandungan gulanya yang sangat berbahaya kepada tubuh badan.
Walaubagaimanapun, gadis itu memberitahu bahawa kini kadar pengambilan air tersebut telahpun dikurangkan sedikit.
Namun, tidak tahu sejauh mana kesukaran yang dia lalui untuk melawan ketagihannya daripada meminum air itu kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi seorang yang tegar.
Dia berjanji akan sedaya upaya kurangkan pengambilam Redbull.
Berkongsi cerita, Zahraa berkata, segala-galanya bermula daripada sifat ingin tahu dan mahu mencuba sebelum akhirnya dia ‘jatuh minat’ terhadap minuman tenaga tersebut.
“Seingat saya, mula beli pada awal 2021. Saya tertarik jadi saja nak cuba rasa. Bila cuba, rasanya not bad
“Tak ada dorongan atau pengaruh sesiapa pun⦠ia daripada diri saya sendiri. Kemudian daripada rasa nak cuba, terus jatuh suka dan akhirnya pada hujung 2021, saya seperti ketagih.
“Pernah ada hari yang saya minum empat botol atau empat tin. Bukan sekali hadap, tapi empat tin minum termasuk siang dan malam. Tapi bukan hari-hari saya teguk empat botol tu, jangan salah faham. Saya minum berselang juga,” ujar gadis tersebut.
Gadis ini berkata dia gemar mengambil minuman tersebut sekadar untuk menghilangkan rasa mengantuk dan juga mendapatkan tenaga.
“Saya juga selalu bantu keluarga di kedai makan. Kedai makan keluarga saya beroperasi dari petang hingga malam. Jadi saya rasa minuman ini buatkan saya cergas sikit,” kata anak keenam daripada tujuh adik beradik ini lagi.
Bukan keluarga atau rakan-rakan terdekat tidak melarang tabiatnya itu, namun tambah Zahraa, dia tidak dapat menyembunyikan keinginan sehingga pernah membeli dan menyorokkan minuman berkenaan kerana bimbang dimarahi.
“Keluarga dan kawan akan marah sebab membahayakan kesihatan⦠iyalah, minuman tu manis. Yang paling marah, umi dan ayah. Saya sendiri tahu ia boleh membahayakan kesihatan kalau ambil kerap dan kuantiti yang banya.
“Namun masa ketagih dulu, saya amalkan minum air suam yang banyak untuk seimbangkannya,” ujarnya yang berasal dari Besut, Terengganu ini.
Bagaimanapun gadis ini menambah, dia kini perlahan-lahan sudah mula mengurangkan tabiatnya yang kurang sihat itu namun masih mengambil masa untuk ‘berhenti’ sepenuhnya.
“Itu cerita tahun lepas. Sekarang saya dah perlahan-lahan kurangkan pengambilan minuman itu. Dalam seminggu tu, ada dua atau tiga tin saja minum.
“Nak berhenti terus memang payah. Sama seperti orang lain yang ada makanan akan minuman kegemaran masing-masing, jadi ia sukar bila berhenti tiba-tiba.
“Kalau rasa itu membuak-buak, saya beli satu saja untuk hilangkan keinginan. Saya akan teringat nasihat umi dan ayah, terus tersedar,” katanya.
Tidak menyangka perkongsian videonya di aplikasi TikTok meraih sehingga melebihi 1.9 juta jumlah tontonan, Zahraa berkata dia hanya mahu berkongsi kisahnya secara suka-suka kerana mengikut satu trend yang sedang popular di media sosial itu.
“Ada orang kata saya buat untuk content. Saya bukan nak kejar viral. Saya buat sebab ada satu video yang serupa masuk di FYP TikTok, dan kebetulan punya habit yang sama.
“Tak sangka langsung views hingga nak dekat 2 juta. Tapi ramai yang beri nasihat mengenai kesihatan kepada saya. Yang tegur elok-elok dan lemah lembut, saya terima dengan hati terbuka.
“Tapi ada yang kecam. Saya enggan layan. Apa yang boleh saya katakan, jangan menilai daripada luaran atau buat anggapan sendiri jika tak tahu cerita sebenar.
“Buat mereka di luar sana terutama yang sama situasi macam saya, seeloknya berhenti sebab ia membahayakan kesihatan,” katanya lagi.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), minuman tenaga mengandungi kafien, taurin, vitamin dan bahan bahan tambahan lain.
Kandungan kafien yang terlalu tinggi dalam minuman ini dan pengambilannya secara berlebihan mengakibatkan jantung berdegup dengan pantas, tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam badan, metabolic asidosis, sawan dan kematian.
Selain itu, seperti mana minuman ringan lain, ‘minuman tenaga’ mengandungi gula yang cukup tinggi dan boleh mengakibatkan masalah kencing manis.