TerasMalaysia

Lelaki asyik kira duit bawah tangga hasil kutipan mengemis, siap asing ikut not mata wang ikut nilai

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki asyik kira duit bawah tangga hasil kutipan mengemis, siap asing ikut not mata wang ikut nilai.

Pasti ramai yang tahu bersedekah merupakan perbuatan yang terpuji kerana ia melatih diri kita untuk bersikap murah hati selain daripada mendapat pahala.

Akan tetapi kita perlu tahu dengan siapa kita mahu bersedekah. Kadang-kadang disebabkan rasa simpati yang tinggi, ada orang yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan diri kita.

Hanya bermodalkan baju yang lusuh dan koyak di samping wajah yang sedih, pasti ada orang yang ringan tangan mendermakan wang ringgit walaupun hanya seringgit. Bukan itu sahaja, ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan sindiket pengemis di beberapa bandar besar seperti Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan Georgetown, Pulau Pinang.

Video yang tular di media sosial X menunjukkan seorang lelaki sedang asyik mengira duit yang didakwa hasil daripada meminta sedekah. Dia yang duduk di kawasan bawah tangga itu pada mulanya mengeluarkan beberapa pek makanan segera daripada bungkusan kain batik.

Lelaki asyik kira duit bawah tangga hasil kutipan mengemis, siap asing ikut not mata wang ikut nilai

Kemudian, lelaki itu mula menyusun dan mengira duit yang diperoleh mengikut not mata wang RM1, RM5 dan RM10. Setelah siap mengira jumlah wang yang diingini, dia terus menyimpan duit tersebut di dalam poket sebelum menyambung kira duit yang lain.

Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Mereka beranggapan ‘kerja’ mengemis ini lebih banyak daripada bekerja setiap hari.

BACA:
Guru besar sekolah buat perangai, pukul 3 murid dengan kayu dan dihukum jilat dinding dan cermin sekolah
“Satu hari nanti anak Bangladesh masuk parlimen” – Warga asing maki Ustaz Sophian, dakwa Malaysia maju kerana orang luar
“5 tahun aku menjanda, rasa sunyi pula bila anak ikut bekas suami, aku cuba dating apps untuk isi kekosongan tapi..”

Leave a Comment