TerasMalaysia

Lelaki bengang khidmat urus kucing mempergunakan agama untuk berniaga, rupanya syarikat itu…

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki bengang khidmat urus kucing mempergunakan agama untuk berniaga, rupanya syarikat itu…

Sesiapa sahaja yang menganggap haiwan kesayangan sebagai teman, sahabat, atau ahli keluarga yang dikasihi mengetahui keperitan yang menanggung kehilangan rakan itu. Kesedihan yang mendalam terhadap kehilangan haiwan peliharaan adalah perkara biasa dan wajar.

Justeru mengebumikan bangkai di sekitar kawasan rumah secara ringkas sudah menjadi amalan sebagai penghormatan terakhir kepada haiwan itu.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai satu syarikat yang menyediakan servis pengendalian haiwan peliharaan yang sudah mati mengikut syariat Islam.

Menurut posting yang dimuat naik Mohamad Faeez Harith di laman Twitternya, syarikat tersebut jelas tidak tahu hukum dan ibarat ‘menunggang agama’ dengan servis yang ditawarkan.

Mana tidaknya, dengan menawarkan perkhidmatan mengebumikan bangkai haiwan mengikut ‘kaedah Islam’ bagi pemilik Muslim, mereka mengenakan bayaran tinggi bermula RM2,100 hingga RM3,800 bagi pakej premium.

Caj itu merangkumi pakej kafan, doa bersama tapak kubur.

Menerusi perkongsian di Twitter tentang servis ‘mesra Muslim’ itu, Faeez menunjukkan katalog harga pakej Islamic burial atau ‘pengebumian Islam’.

Perkhidmatan asas yang disediakan adalah tapak kubur seluas 60×90 sentimeter (2×3 kaki), servis menanam, batu nisan dan sijil mati.

Bagi pakej premium pula, bacaan doa, majlis pengebumian, mandi ‘jenazah’, botol untuk bulu, gambar kenangan, patung tanah 3D dan video kenangan disediakan khusus kepada pemilik.

Malah, pemilik yang ingin menanam di rumah juga boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut dan kos mengikut servis yang diingini.

Menurut Faeez, tindakan mengebumikan bangkai haiwan seperti manusia tidak dianggap sebagai tanda sayang sebaliknya menonjolkan kejahilan dalam agama.

“Harap syarikat yang buat benda ni pergilah mengaji balik dan duduk istighfar. Kucing bukan makhluk mukallaf nak kena dimandi, kafan, tahlil, talqin dan sebagainya.

“Ini dua dalam satu terus, tunggang kucing sekali gus tunggang agama… parah,” ciapnya ringkas.

Pun begitu, dia turut mendedahkan bahawa syarikat tersebut bukanlah milik orang Islam.

Namun dia bimbang jika ada umat Islam yang kurang berpengetahuan akan terjebak dengan perkara karut tersebut.

“Dikatakan syarikat yang menawarkan khidmat ini bukan dipunyai oleh Muslim pun.

“Tapi tak mustahil Muslim yang kurang berpengetahuan akan terjebak pada benda karut sebegini,” luahnya lagi.

Iyalah, bagi kebanyakan pencinta haiwan, pelbagai perkara sanggup dilakukan termasuk mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk memberi keselesaan, makanan mahupun rawatan.

Maka tidak hairanlah apabila perkhidmatan pengebumian haiwan diwujudkan dan mendapat permintaan tinggi.

Meninjau ke laman sesawang syarikat tersebut, perkhidmatan berkenaan diperkenalkan sebagai menzahirkan rasa cinta yang mendalam terhadap haiwan dan keinginan untuk mencipta ruang yang bermakna.

Pada masa sama untuk mengubah ‘cara’ pemilik mengucapkan selamat tinggal kepada teman kesayangan mereka buat selama-lamanya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya terkejut dengan kewujudan servis tersebut.

“Ini semua kerja gila nak buat duit, tunggang agama. Kucing pun kena sign up khairat kematian sekarang ni… kos premium tu boleh support makan kucing 10 ekor selama dua tahun

“Jangan lepas ni ada pakej azan iqamah anak kucing baru lahir.

“Apabila dah taksub kononnya semua nak Islamik. Inilah padahnya! Sekarang pasir kucing pun dah letak tanda ‘halal’ sebab ramai pembeli kat luar sana, semua bodoh dan diperbodohkan.

“Nasiblah siapa yang jahil tu. Sekarang zaman orang-orang jahil kena ngap (tipu) dengan orang tamak,” ujar beberapa netizen.

Sumber

Baca : Suami terkejut dengar dengkuran lelaki lain dalam rumah lepas pulang kerja, tak sangka ini yang berlaku lepas terjah

Leave a Comment