Lelaki Berang Pihak Berkuasa Tak Buat Kerja Peniaga Asing Berleluasa Berniaga Ditempat Yang Tak Sepatutnya

Lelaki Berang Pihak Berkuasa Tak Buat Kerja, Peniaga Asing Berleluasa Berniaga Ditempat Yang Tak Sepatutnya

Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain bertindak berani apabila lantang menyuarakan rasa tidak puas hati beliau terhadap pihak berkuasa kerana tidak mengambil tindakan tegas terhadap warga asing berniaga di sekitar kawasan Pasar Selayang, Selangor.

Keberaniannya itu menjadi bualan warga maya selepas videonya berdepan peniaga warga asing tular di media sosial.

@lawan4malaysialagi

Isu Pasar Borong Selayang terus dimonopoli peniaga warga asing dan pelarian tetapi sampai bila?

♬ original sound – user29534343842 – PENJAJAHAN MODEN

Dalam video tersebut, beliau secara terbuka mempersoalkan pihak berkuasa yang didakwa berdiam diri terhadap kebanjiran peniaga warga asing di kawasan tersebut.

Malah Mohd Sophian juga menunjukkan papan tanda yang melarang aktiviti perniagaan dijalankan di bahu jalan lalu mempersoalkan kenapa warga asing dibenarkan melakukan perkara yang dilarang?

Dalam video lain pula, Mohd Sophian dipercayai dikepung oleh beberapa warga Rohingya yang dilihat tidak berpuas hati dengan tindakannya.

Mengulas tentang tindakan Mohd Sophian itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan situasi terkini di pasar tersebut yang semakin dikuasai peniaga warga asing.

Menerusi perkongisan video salah seorang pengguna media sosial, dipercayai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang sudah pun melakukan tugas yang mana dilihat beberapa anggota sedang melakukan soal siasat dan melihat beberapa barangan yang dijual.

Dalam pada itu, kurang 24 jam lepas video itu tular, MPS mengeluarkan iklan penyewaan harta sewaan MPS di akaun Facebook rasminya, namun hantaran tersebut dikecam ramai berdasarkan situasi di Pasar Borong Selayang.

MPS bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung video itu di platform media sosialnya.

Sumber

Baca : Tak Sangka Pula Ini Yang Terjadi Selepas Lelaki Ini Sengaja Cari ‘Roadblock’ Semata-Mata Nak Tunjuk MyJPJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *