Lelaki berang sampai koyak baju raya anak dan buang dalam tong sampah
Satu video yang tular di TikTok, kelihatan seorang lelaki berhelmet telah membuka paket berisi pakaian yang baru tiba di rumahnya.
Lelaki itu dalam keadaan marah telah mengeluarkan pakaian tersebut dan mengoyaknya kepada beberapa bahagian sebelum membuang ke dalam tong sampah.
Lelaki yang didakwa seorang bapa itu juga katanya kecewa kerana baju anak yang dijanjikan penjual tiba sebelum lebaran itu rupanya sampai lewat iaitu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
“Bukan masalah kecewa, tapi janji ayah kepada anak”
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut ternyata memahami kemarahan lelaki itu, namun ada juga yang merasakan tindakan lelaki berkenaan agak membazir kerana baju itu boleh dipakai di lain hari juga.