Lelaki berkopiah buat perangai, selamba selak kain pelekat kencing dekat kereta orang buat macam dekat tandas. Baru-baru ini, tular video memaparkan seorang lelaki yang dilihat memakai kopiah sedang melakukan aksi tidak bermoral di belakang sebuah kereta, namun ia berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).
Menerusi video dimuat naik oleh pengguna Twitter @amer7211, jelas memaparkan lelaki berkenaan yang dilihat memakai baju Melayu berwarna maroon berkopiah berjalan seorang diri berhampiran kawasan komersial.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah lelaki berkenaan menghampiri sebuah kereta Perodua Axia dan pergi ke belakang sebelum menyelak kain pelekat dan kencing berdiri.
Apa yang lebih jelas lagi adalah lelaki berkenaan sempat meletakkan kopiah dipakainya di atas kereta sebelum menyasarkan ‘pacutan’ air kencing ke but kereta berkenaan lalu mengalir turun ke jalan tar.
Sebaik sahaja selesai ‘melepaskan hajat’, lelaki berkenaan berlalu pergi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini.
Pakai kopiah tapi tiada adab
Seperti dijangka, hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi dan kecaman di kalangan warganet.
Rata-rata di kalangan mereka meluahkan rasa kecewa dan berang dengan lelaki berkenaan yang dilihat jelas memburukkan imej serta tidak mempunyai adab yang tidak seiring dengan penampilan.
Pakai kopiah bagai tapi adab zero. Serupa lebai PIS! pic.twitter.com/JZgsJ4kTb9
— Amer🔺️Hustler (@amer7211) June 23, 2023