
Lelaki berkopiah buat sesuatu pada anjing raih perhatian netizen
Berbuat baik dan menjaga kebajikan kepada semua haiwan termasuklah juga anjing, dikira sebagai berbuat baik kepada binatang dan mendapat pahala di sisi Allah SWT.
Jika berbuat baik kepada anjing seperti memberi makan dan minum kepadanya merupakan satu perbuatan yang mendapat pahala.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang lelaki sedang asyik menyapu mentega di atas roti sebelum diberikan kepada anjing-anjing liar yang berada di kawasannya telah meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @ammermohd262 itu, terdapat tiga ekor anjing sedang menunggu lelaki itu menyapu mentega di atas roti mereka.
Kelihatan mereka sangat ‘excited’ sehinggakan ekor mereka tergoyang-goyang laju gembira!
“Balik balik, ada yang duduk tunggu breakfast depan rumah,” tulis pemilik video di ruangan kapsyen video tersebut.
Bukan itu sahaja, lelaki itu turut memberikan ‘kibbles’ yang merupakan makanan khas anjing kepada mereka.
Ada yang diletakkan berasingan dengan roti, malah ada pula yang diletakkan seperti ‘topping’ di atas roti berkenaan.
Dapat dilihat anjing-anjing itu sangat berselera dengan ‘breakfast’ mereka!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya kagum melihat lelaki tersebut yang cukup baik hati memberikan makanan kepada anjing-anjing liar itu.
Ada juga individu yang meluahkan rasa terhibur apabila melihat roti yang diberikan kepada anjing itu siap disapukan mentega satu per satu.
Baca : Peti ais ‘melayang’ dari trak pikap, pemandu dikecam buat kerja sambil lewa