TerasMalaysia

Lelaki buat perangai jelek, solat depan kamera sambil tayang duit banyak berkepuk-kepuk

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki buat perangai jelek, solat depan kamera sambil tayang duit banyak berkepuk-kepuk.

Bak kata orang, jika individu itu betul-betul kaya, tak perlu nak claim yang diri itu ada banyak duit berbanding mereka yang digelar ‘orang kaya baru’.

Dah hampir ke penghujung 2023, masih ada lagi segelintir golongan yang tayang duit berkepuk-kepuk di dalam rumah. Bagi menutup sikap takbur, individu tersebut kononnya buat-buat tak nampak atau pura-pura melakukan sesuatu di hadapan duit berkenaan.

Terkini, ada satu video tular di platform X memperlihatkan seorang individu sedang melakukan solat sambil terpapar longgokan duit di sebelah sejadah.

Lelaki buat perangai jelek, solat depan kamera sambil tayang duit banyak berkepuk-kepuk

Menjengah ke ruangan komen, sudah semestinya ramai netizen merasa jelak melihat kelakuan lelaki tersebut, malah ada juga pelik dengan sikap lelaki itu yang ada sikap menunjuk-nunjuk ketika menghadap Sang Pencipta yang sudah semestinya Maha Kaya.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menegur lelaki ini yang seolah-olah mempermainkan ibadah solat.

BACA:
Akhirnya selepas 27 tahun, keluarga Tupac Syakur boleh tidur lena, suspek bakal didakwa di mahkamah
Pengemis miang! Guna kamera telefon miliknya rakam bawak skirt gadis lalu lalang
Keadaan jadi kelam, perempuan mejerit kesakitan lepas rambut tersangkut dekat rangka roda Ferris Wheel

Leave a Comment