TerasMalaysia

Lelaki cerita detik isteri kantoi bawa lelaki dalam rumah, siap menyorok balik pintu bersembunyi

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki cerita detik isteri kantoi bawa lelaki dalam rumah, siap menyorok balik pintu bersembunyi

Yang disangka semuanya indah, tetapi remuk hatinya. Begitu luahan seorang lelaki apabila mendapati isterinya telah curang. Encik Asmadi yang merupakan seorang tukang sapu sudah sembilan tahun membesarkan anak-anaknya seorang diri.

https://www.tiktok.com/@arbafoundation/video/7223346579397184773?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7179897932660098562

“Balik kerja ni, penat-penat. Tiba-tiba ada jantan lain belakang pintu. Kau sanggup buat suami macam tu,” katanya.

Bekas isterinya dikatakan tidak bekerja dan beliau hanya meminta isterinya duduk rumah untuk menjaga anak.

“Saya bertungkus lumus cari duit. Saya sanggup berhutang, dengan ceti lagi pasal nak membesarkan anak. Dia tak pernah bekerja, duduk rumah saja, saya mintak jaga anak-anak,”katanya.

Setelah pulang dari bekerja, anaknya yang kecil membongkarkan segala perbuatan ibunya. Ketika itu juga bekas isterinya meminta untuk diceraikan.

“Saya balik kerja, macam tu dibuat saya. Anak yang kecik tu bagitahu saya. Betapa hati ni.. Lepas tu dia cakap kau dah nampakkan, kau nak buat apa lagi, ceraikan lah,” katanya.

Bekas isterinya membawa anak-anaknya balik ke Kedah tetapi setelah diberitahu oleh abang iparnya anak-anaknya didera, dia tekad membawa pulang anak-anaknya kembali bersamanya.

“Dia bawak anak masa tu dia bawak balik Kedah. Tapi abang ipar saya telefon, suruh ambik anak-anak sebab anak-anak didera. Saya dengar, malam tu jugak saya naik bas pergi ke Kedah dan bawak balik sini,” katanya dengan sebak.

Dengan pendapatan yang tidak seberapa, beliau membesarkan anak-anak dengan titik peluhnya sendiri hidup di kota raya yang penuh mencabar. Demi membesarkan anak juga, beliau terpaksa berhutang pada ceti.

“Dah 20 tahun saya kerja, masa saya bekerja dulu gaji RM650 je nak membesarkan anak sampai lah sekarang gaji seribu lebih tak sampai dua ribu. Duduk Kuala Lumpur kalau gaji tak sampai dua ribu macam mana.

“Memang saya penat. Tapi saya tak boleh tengok anak kelaparan. Demi Allah saya cakap, saya tak makan tak apa, tapi saya nak anak-anak saya,” katanya.

Difahamkan juga, hampir separuh gajinya digunakan untuk melangsaikan hutang pokok RM300 bersama bunga RM400 setiap bulan.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sebak dan mendoakan supaya urusan dipermudahkan malah ada yang cuba membantu mencari individu terbabit untuk hulurkan bantuan.

“Allahu bang, semoga dipermudahkan segala urusan abang di dunia dan juga akhirat.

“Macam mana saya nak hulurkan bantuan kat pak cik ni? Pengorbanan seorang ayah. Siapa kenal atau tahu abang ni kat mana,” ujar warganet.

Sumber

Baca : Curang sejak 2 tahun lalu, isteri penyanyi popular dedah perangai suami, siap langgang pelacur bulan puasa

Leave a Comment