TerasMalaysia

lelaki dedah layanan ‘pilih bulu’ pihak bank, dihalau pulang kerana pakai baju koyak

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

lelaki dedah layanan ‘pilih bulu’ pihak bank, dihalau pulang kerana pakai baju koyak. Baru-baru ini, tular satu hantaran di Facebook memaparkan luahan kecewa seorang individu lelaki terhadap pihak bank yang menilainya dari segi penampilan

Menurut lelaki itu, dirinya tidak membuka akaun simpanan di sebuah bank kerana salah seorang pegawai disana ‘menghalau’ dia untuk pulang ke rumah hanya disebabkan memakai baju koyak dan mendakwa lelaki itu ‘keldai akaun’.

Katanya lagi, pegawai terbabit menyuruhnya pulang dan membawa semua bil utiliti seperti elektrik, bagaimanapun permintaan itu dipersoal olehnya.

Tidak berputus asa selepas dihalau pulang, lelaki terbabit kembali semula ke bank terbabit tetapi dengan penampilan yang lebih segak serta kemas.

Selepas berpakaian ala-ala T20, pihak bank baru melayannya dengan baik dan berjaya membuka akaun simpanan.

lelaki dedah layanan 'pilih bulu' pihak bank, dihalau pulang kerana pakai baju koyak

Meninjau di ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi yang diterima daripada netizen, dimana ada yang berkata diri mereka turut alami hal yang sama tetapi ada juga menegur lelaki itu untuk mengikuti SOP bank tanpa mempertikaikan apa-apa.

lelaki dedah layanan 'pilih bulu' pihak bank, dihalau pulang kerana pakai baju koyak

BACA:
Peniaga pasrah ditipu pelanggan, tak nampak bayang lepas ‘order’ 720 set makanan untuk askar
YB kantoi main judi online masa tunggu sidang wakil rakyat, dirakam secara langsung dalam dewan
2 tahun terseksa dalam rumah sendiri, pemilik terkejut dapat tahu kontraktor tanam buhul dalam tandas

Leave a Comment