Lelaki dedah perangai sebenar rakyat Malaysia, layanan ‘double standard’ terhadap ‘Mat Saleh’ dan ‘Mat Bangla’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki dedah perangai sebenar rakyat Malaysia, layanan ‘double standard’ terhadap ‘Mat Saleh’ dan ‘Mat Bangla’. Boleh dikatakan apabila content creator dari negara barat datang melancong ke Malaysia atau berniaga di sini atau boleh bercakap dalam bahasa Melayu pasti mendapat perhatian dan sokongan segelintir rakyat Malaysia.

Terbaharu, pengguna Twitter @BigIdeasMy telah membangkitkan isu ‘double standard’ dengan berkongsi sebuah video perbandingan komen yang diberikan oleh netizen Malaysia di media sosial pelancong dari barat dan juga negara lain.

Menerusi video terbabit, dapat dilihat perbezaan ketara apabila segelintir netizen Malaysia sangat ‘welcoming’ kedatangan pelancong dari barat berbanding pelancong dari Nepal yang dilihat banyak menerima komen berbau sindiran.

Lelaki dedah perangai sebenar rakyat Malaysia, layanan ‘double standard’ terhadap ‘Mat Saleh’ dan ‘Mat Bangla’

Isu ini telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen berpendapat masih ada rakyat Malaysia yang bersikap ‘double standard’ terhadap pelancong serta warna kulit turut menjadi faktor layanan berbeza.

Akan tetapi, ada juga netizen yang berpendapat bahawa tidak wajar sebenarnya terlalu taksub ‘welcoming’ pelancong dari negara barat sedangkan memberikan layanan yang berbeza kepada pelancong lain.

Malah, rata-rata netizen mengatakan bahawa inilah sebab Malaysia berada di ranking kedua negara yang ‘racist’ di dunia. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan layanan yang sama patut diberikan kepada semua pelancong.

BACA:
Pewangi cecair ini boleh buat dashboard kereta rosak, ini puncanya
”Suka menyusahkan orang kan?” – Lelaki tampal nota dekat kereta individu ini sebab tak pandai parkir kereta
Tak bertutup dan terbiar, tular video kedai makan ‘bela’ lalat atas daging yang dijualnya

Leave a Comment