TerasMalaysia

Lelaki hempuk bapa dengan kerusi kerana berang baca doa berbuka puasa dengan laju

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki hempuk bapa dengan kerusi kerana berang baca doa berbuka puasa dengan laju. Memetik laporan dari Sinar Harian, lelaki berusia 34 tahun itu telah memukul bapanya menggunakan kerusi sehingga kaki kerusi berkenaan patah kerana tidak terima sewaktu ditegur.

Susulan daripada itu, pihak polis telah memberkas suspek di kediaman tersebut selepas kejadian berlaku setelah salah seorang anak mangsa menghubungi polis.

Suspek telah direman

bapa

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memaklumkan laporan diterima sekitar 7.45 malam semalam.

“Siasatan mendapati suspek tidak berpuas hati selepas ditegur bapanya kerana membaca doa makan dengan laju sebelum bertindak menghayunkan kerusi ke kepala mangsa sehingga patah kaki kerusi.
“Bagaimanapun kejadian dileraikan salah seorang anak mangsa sebelum menghubungi pihak polis,” katanya.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi dan tangan.
“Selain itu, kerusi meja makan yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa turut dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.

Setakat ini, pihak berkuasa telah menahan reman suspek dan bakal disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan / 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017.

BACA:

Ramai yang ambil remeh tentang tidur lepas sahur, ini pencerahan yang betul

Wanita buang kaki bayi dalam jamban lepas beranak sendiri dekat tandas hospital

Pernah berlakon filem tahun 1996, ini keadaan pelakon yang jadi budak dalam cerita itu

Leave a Comment