Lelaki hilang sabar selepas ditegur oleh remaja sebab merokok di premis makanan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki hilang sabar selepas ditegur oleh remaja sebab merokok di premis makanan

Baru-baru ini, satu video tular di media sosial ini apabila seorang lelaki berang selepas ditegur oleh seorang remaja kerana dipercayai merokok di sebuah kedai makan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @bckupacc99, kelihatan seorang lelaki memakai baju berwarna hijau telah memarahi remaja berkenaan dan bertanya siapakah dia sehingga berani menegur tindakannya.

Remaja itu kemudian menjawab bahawa dia hanya minta agar lelaki itu tidak merokok di kawasan terbabit (dalam kedai makan).

“Awak ni pegawai apa? Pekerja kedai ni pun tak berani tegur sayalah,” ujar lelaki itu.

Pertengkaran itu kemudiannya dileraikan seorang lagi individu di lokasi kejadian bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.

Kata remaja terbabit, dia membuat teguran itu kerana tidak mahu membahayakan kesihatan orang sekeliling kerana kemungkinan adanya bayi di dalam restoran berkenaan.

Tidak lama selepas itu, perakam video tersebut kemudian menjelaskan bagaimana kedudukan lelaki berkenaan sebelum ditegur jangan merokok.

Malah dia turut menunjukkan tanda amaran di atas meja yang melarang pelanggan untuk merokok di dalam premis.

Untuk makluman pada 1 Januari 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menguat kuasakan larangan merokok di restoran dan premis makanan di seluruh negara.

Perokok atau pemilik premis yang ingkar terhadap larangan tersebut boleh dikenakan kompaun.

Sumber

Baca : Lelaki berang sampai koyak baju raya anak dan buang dalam tong sampah

Leave a Comment