TerasMalaysia

Lelaki ini berhenti makan sudah hampir 17 tahun, hanya berbekalkan tiga botol air soda setiap hari

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki ini berhenti makan sudah hampir 17 tahun, hanya berbekalkan tiga botol air soda setiap hari. ANEH! Seorang lelaki warga Iran mengaku berhenti mengambil makanan pada 2006 dan hanya bergantung pada minuman bergas sebagai sumber tenaga untuknya menjalani kehidupan setiap hari.

Ia berikutan dia akan berasa mual setiap kali melihat makanan.

Menurut Gholamreza Ardeshiri yang berusia 58 tahun disebabkan gejala pelik yang dialaminya itu, dia terpaksa bertahan dengan pengambilan air dan minuman bergas seperti Pepsi mahupun Coca-Cola sejak 17 tahun lalu.

Lelaki ini berhenti makan sudah hampir 17 tahun, hanya berbekalkan tiga botol air soda setiap hari

Dia dikatakan akan minum tiga botol besar air soda setiap hari bagi menggantikan makanan.

Dengan kandungan kalori yang ada, Gholamreza akui tidak berasa lapar.

Semuanya bermula ketika dia bangun dengan perasaan aneh seolah-olah terdapat rambut di dalam mulutnya.

Malah ia tidak dapat dihilangkan meskipun telah berjumpa ramai doktor.

“Saya rasa seolah-olah terdapat benda seperti rambut dalam tekak yang bersambung sehingga ke perut.

“Pelbagai perkara saya dah buat tetapi ia tetap tidak hilang,” ujarnya.

Ekoran itu, dia akhirnya memutuskan untuk tidak mengambil apa jua makanan bagi membolehkannya menjalani kehidupan yang normal.

BACA:
Satu taman panik! Gara-gara takut dimarahi bapa, gadis ini buat sesuatu yang bawa padah pada dirinya
Rupanya ada kisah dan rahsia disebalik kejayaan A&W yang ramai tak tahu, masih digunakan sampai sekarang
Majlis perkahwinan ‘influencer’ ini menjadi huru-hara lepas ditipu ‘wedding planner’ sebanyak RM180,000

Leave a Comment