TerasMalaysia

Lelaki Ini Dedah 5 Rahsia Kaum Cina Boleh Jadi Kaya – No 5 Yang Paling Senang

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki Ini Dedah 5 Rahsia Kaum Cina Boleh Jadi Kaya

Berbincang mengenai kaum Cina di Malaysia, pasti ramai yang akan mengaitkannya dengan kekayaan yang dimiliki. Malah, senarai 10 Manusia Terkaya Malaysia telah memperlihatkan 9 daripada 10 individu yang berada dalam senarai merupakan daripada kaum Cina.

Selain itu, kaum Cina yang sememangnya sinonim dengan menjalankan perniagaan atau jualan turut mempunyai taraf kewangan yang selesa secara purata.

Pada kali ini, seorang pengguna di Facebook iaitu Adam Kelvin yang juga merupakan seorang yang berbangsa Cina tampil berkongsi bagaimana kaum Cina membina kekayaan dalam keluarga mahupun kelompok mereka.

1. Bantu adik-beradik.

Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung itu jutawan, beliau akan kongsi rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama-sama adik beradiknya. Contoh paling dekat sepupu saya.

Beliau anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang untuk buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta.

Hasilnya, mereka semua kaya dan jutawan underground. Kami tak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang diantara kami. Jadi sama-sama belajar untuk bina kekayaan. Senang adik-beradik, senang hati kami. Kami pegang prinsip, if you want go fast, go alone. If you want go far, go together.

2. Harta yang ada dikembangkan.

Kalau ada cash banyak atau dapat duit ratus-ratus ribu, jarang kami plan nak kahwin banyak sebab tambah beban dan harta lagi kecil portion bila dibahagikan.

Apa yang kami buat ialah kami beli rumah atau hartanah RM100,000 dalam 2-3 buah sebagai pelaburan jangka masa panjang. Bina portfolio hartanah. Hartanah itu akan berpeluang meningkat sehingga sekali ganda dalam 10 tahun.

Sebab tu jangan pelik ada keluarga Cina walaupun dah dewasa masih tinggal bersama dengan ibubapa. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa atau yang lebih hebat lagi bangunkan pasaraya hasil kumpul sesama keluarga.

Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata. We love properties. Tapi saya tak ada banyak rumah pun. Sebuah sahaja untuk duduk.

3. Gembira atas kejayaan orang lain terutamanya ahli keluarga.

Perasan tak kalau kedai Cina yang baru bukak, akan ada banyak jambangan bunga wish luck dan berjaya dalam perniagaan kepada bisnes owner tu. Kami sangat gembira kalau ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam bisnes.

Tandanya parents pun takkan hidup susah dan tidaklah anak sorang yang berjaya tu saja perlu menanggung parents. Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai.

Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan walaupun ada sahaja yang dengki. Tipulah kalau kata tak ada langsung kan. Tetapi circle saya kebanyakannya tak ada yang dengki. Mereka malah sokong beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada.

4. Simpan dahulu sebelum berbelanja

Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, fixed deposit atau simpan sahaja dalam bank. Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend. Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali sekala.

Untung untuk orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau fixed deposit. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyimpan dalam ASB.

5. Tidak suka berhutang

Kami memang tak suka berhutang beli barangan kecil seperti telefon pintar, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya. Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya dapat beli cash. Penat sekali tapi for long term lega minda dari fikir nak bayar bulan-bulan. Tu tak masuk lagi interest. Rugi woo..

Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak untuk jangka masa panjang. Lagipun kalau buat full settlement akan dapat rebat. Selain itu, kereta mempunyai kadar susut nilai yang cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba selesaikan hutang secepat mungkin.

Itu sebab orang Cina sangat minat kereta jenama Honda dan Toyota kerana kereta dua jenama ini boleh dikatakan masih mampu milik dan tidak perlu maintanance tinggi walaupun mereka mampu sahaja beli kereta mewah daripada jenama keluaran Eropah.

Ada sahaja orang Cina beli kereta mewah tetapi ada trick juga untuk kurangkan income tax dan selalunya mereka cepat-cepat selesaikan hutang kereta tu.

Jangan Bagi Anak Minum Susu Berlebihan. 3 Risiko Ini Boleh Terjadi!

Leave a Comment