
Lelaki Ini Dedahkan Macam Mana Cara Minyak Dagu Dihasilkan Buat Netizen Terkejut
Minyak dagu adalah sejenis minyak sihir yang diperbuat daripada anggota badan manusia yang telah mati dan ada juga diperbuat daripada manusia yang masih hidup. Bahagian anggota badan yang digunakan adalah dagu. Itu sebab di panggil minyak dagu.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan seorang lelaki yang mendedahkan cara-cara untuk menghasilkan minyak dagu telah membuat ramai terkejut.
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @fadli.maliki di TikTok, lelaki berkenaan mendedahkan cara-cara menghasilkan minyak dagu yang haram di sisi Islam.
Untuk pengetahuan semua, minyak dagu adalah salah satu alat sihir yang digunakan untuk memikat hati seseorang yang dicintai dengan menggunakan cara salah.
Malah, cara penghasilannya agak aneh kerana mereka perlu membakar dagu mayat yang terpilih dengan menggunakan lilin berwarna kuning.
Rata-rata netizen masih ramai yang tidak tahu kegunaan minyak itu. Malah, ada juga yang terkejut dengan cara penghasilan minyak sihir tersebut.