TerasMalaysia

Lelaki ini jatuh secara tiba-tiba ke ruangan masjid dari tingkat dua, terkejut para jemaah yang ada disitu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki ini jatuh secara tiba-tiba ke ruangan masjid dari tingkat dua, terkejut para jemaah yang ada disitu. Pernahkah anda sedang leka melakukan sesuatu perkara, tiba-tiba ada perkara yang berlaku di luar jangkaan anda?

Sudah semestinya, insiden aneh itu akan membuatkan anda termenung dan berfikir sejenak, apa yang berlaku sebenarnya.

Inilah apa yang dihadapi oleh sekumpulan jemaah yang terkejut yang apabila seorang lelaki ‘hadir’ ke ruangan solat secara tiba-tiba.

Menurut Banjarmasin Post, sebuah video yang merakam kejadian itu yang berlaku di ruangan solat Masjid Istiqomah menerusi CCTV menjadi viral di media sosial.

Klip pendek itu juga turut dimuat naik menerusi sebuah akaun Instagram (@terang_media) baru-baru ini.

Lelaki ini jatuh secara tiba-tiba ke ruangan masjid dari tingkat dua, terkejut para jemaah yang ada disitu

Berdasarkan tarikh dan masa yang tertera pada rakaman tersebut, insiden tersebut belaku pada kira-kira 11.52 pagi, 12 Mei 2023.

Pada awalnya, terdapat beberapa jemaah yang berada di ruangan solat. Ada yang sedang mendirikan solat secara bersendirian, ada yang sedang membaca doa. Terdapat beberapa orang yang turut beriktikaf di ruangan tersebut.

Ketika sedang khusyuk melaksanakan ibadah masing-masing, tiba-tiba ada seorang lelaki yang ‘datang’ ke ruangan tersebut dalam cara yang agak luar biasa.

Rakaman tersebut menunjukkan seorang pemuda berbaju putih jatuh ke ruangan solat dipercayai daripada tingkat dua masjid tersebut. Namun yang pastinya, kehadiran lelaki tersebut yang entah dari mana membuatkan jemaah yang ada tergamam.

Malah, seorang lelaki berbaju batik yang sedang mendirikan solat turut terganggu dan terpaksa berhenti seketika.

Punca insiden tersebut masih menjadi tanda tanya
Berdasarkan kenyataan Banjarmasin Post, pemuda tersebut didakwa telah terjatuh dari sebuah lubang di tingkat dua.

Difahamkan, perkara tersebut aneh kerana kawasan lubang tersebut telah lama dipasangkan pagar bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Pada hujung video tersebut, para jemaah kelihatan terkesima atas apa yang berlaku di matanya. Sebelum sempat dibantu, pemuda yang terjatuh itu terus keluar daripada ruangan solat.

BACA:

Terlalu terbuka dan memburukkan imej Islam, Fatin Fauzi bakal berdepan dengan JAKIM

”Muka cantik tapi pengotor”- Pemilik terkejut tengok keadaan rumah, penuh dengan sampah dan ulat

Terkejut nampak entiti dekat tempat duduk belakang, pemuda ini sempat ambil gambar ‘benda’ itu

Leave a Comment