Lelaki ini kembali ke pangkuan keluarga selepas 25 tahun, lari rumah gara-gara takut untuk berkhatan
Berkhatan adalah ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam. Keengganan berbuat demikian akan menyebabkan mereka berdosa kerana telah melanggar kewajipan yang disyariatkan Islam dari zaman Nabi Ibrahim lagi. Selain Nabi Ibrahim ia juga turut menjadi syariat Nabi Muhammad SAW.
Sudah tentu, pasti ada saja cerita yang menyebabkan ada sesetengah takut untuk berkhatan. Tetapi kini, teknologi berkhatan juga semakin canggih dan tidak seperti dulu. Sekejap saja sudah selesai.
Lain pula dengan kejadian yang berlaku ini apabila seorang lelaki warga Indonesia akhirnya kembali ke pangkuan keluarga selepas 25 tahun menghilang kerana takut untuk berkhatan telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, difahamkan kejadian itu berlaku pada tahun 1998 semasa umurnya 13 tahun.
Menurut sumber, keluarganya terkejut dengan kemunculan anak mereka itu selepas hampir tiga dekad menghilang.
Abang lelaki itu memberitahu pada awal adiknya itu mahu berkhatan, bila keluar dia hanya membawa mainan sahaja. Dia dilihat berani pada malam sebelum proses itu, tetapi bila sudah pagi dia sudah menghilang.
Difahamkan sepanjang kehilangan lelaki itu, keluarganya telah mencuba pelbagai usaha untuk mencari tetapi tetap tidak menemuinya. Lelaki berkenaan berada dalam keadaan sihat fizikal dan mentalnya tetapi dia sedikit trauma.
“Jadi, sekarang dah sunat ke belum?” – Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga ada yang terkejut dan mempersoalkan adakah dia sudah disunatkan sekarang atau belum.