TerasMalaysia

Lelaki Ini Tunjuk Koleksi Kad Tepuk Yang Dikumpul Dari Zaman Kanak-Kanak Dulu Raih Perhatian Netizen

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki Ini Tunjuk Koleksi Kad Tepuk Yang Dikumpul Dari Zaman Kanak-Kanak Dulu Raih Perhatian Netizen

Zaman dulu dan zaman sekarang memang banyak berbeza. Buat kanak-kanak zaman 90an, kalau teringat balik kenangan dulu-dulu mesti rasa rindu sangat kan?

Baru-baru ini tular sebuah video, apabila seorang lelaki berkongsi koleksi kad tepuk yang dikumpul dari zaman kanak-kanak dulu telah menarik perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video berkenanaan, kelihatan dia berkongsi kotak lama berisikan kad tepuk yang disimpan selama 28 tahun.

Difahamkan, dia disuruh beberapa kali untuk membuangnya namun dek kerana sayang dia masih menyimpan. Akan tetapi, melihat kepada kondisi kad tersebut membuatkan kali ini dia tekad untuk membuang.

Malah, diruangan komen juga rata-ratanya menasihatinya untuk tidak membuang atau jualkan sahaja. Hal ini kerana ia merupakan barang rare zaman kini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengimbau kenangan dulu ketika bermain kad tepuk atau lebih dikenali sebagai kad terap.

Sumber

Baca : Ini Respon Yusof Haslam Mengenai Isu Hangat Diperkatakan Tentang Ira Kazar Hamil

Leave a Comment