Lelaki jumpa longgokan syiling tembaga bawah rumah bapa mentua, anggaran untuk semua cecah jutaan ringgit. Seorang lelaki menemukan sebanyak sejuta keping duit syiling sewaktu membersihkan rumah mendiang bapa mentuanya di Los Angeles.
Lelaki Temui Syiling Di Rumah Mentua
Memetik Daily Mail, John Reyes dan isterinya, Elizabeth menjelaskan menjumpai wang itu di ruang bawah tanah rumah berkenaan.
Kata Reyes, dia telah dihubungi oleh pengumpul duit syiling lama selepas penemuan itu.
Namun, lelaki berkenaan juga menawarkan syiling berkenaan di web jualan popular, OfferUp dengan nilai $25,000 (lebih RM 115,000). Nilai tersebut dua kali ganda daripada mata wang biasa.
“Sesiapa sahaja boleh membelinya dan boleh pergi mendapatkannya. Walaupun menerima pelbagai tawaran sedikit demi sedikit, tetapi saya sedang menunggu seseorang dapat mengambil semunya dari tangan saya,” katanya.
Tambahan lagi, dia turut bergelut untuk membuat pertukaran syiling itu kepada wang tunai menerusi pihak bank.
“Pada awalnya saya hanya melihat beberapa gulung syiling sahaja. Kemudian, saya menjumpainya lebih banyak peti berisi duit syiling itu,” katanya.
“Peti berisi kepingan duit syiling itu sangat berat dan mengambil masa setengah hari untuk proses pemindahan. Beberapa beg syiling juga masih dalam keadaan tertutup dan masih belum dibuka (tidak terusik).
“Saya telah diberitahu oleh pakar syiling untuk tidak membuka beg itu kerana ia sendiri berharga,” ujarnya lagi.
Kenaikan Harga Tembaga
Menurut Reyes, mendiang bapa mentuanya menyimpan syiling berkenaan kerana nilai tembaga pada ketika itu.
Pada tahun 1980, harga syiling tembaga diramal meningkat dari sebelumnya. Hal ini kerana Kerajaan Amerika telah membuat peralihan pengeluaran syiling tembaga kepada syiling zink sebagai langkah penjimatan.
“Ketika bapa mentua saya mengetahui tentang perkara itu, dia mula mengumpulkan syiling itu. Dia tidak pernah memberitahu kami di mana ia berada. Tetapi dia selalu berkata syiling itu pasti akan dijumpai suatu hari nanti,” katanya.
Maklum Reyes, ruang bawah tanah itu telah lama ditinggalkan sebelum dibersihkan kembali.