TerasMalaysia

Lelaki Keliru Disaman Rm300 Oleh PBT Walaupun Mempunyai Pelekat Oku Pada Keretanya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki Keliru Disaman Rm300 Oleh PBT Walaupun Mempunyai Pelekat Oku Pada Keretanya

Sebelum ini, sebuah video TikTok perkongsian @roslanjajuli jadi bualan ramai apabila tular di media sosial. Menerusi video tersebut, Roslan telah berkongsi rasa tidak puas hati dan marah apabila dirinya di saman di Pantai Morib, Selangor.

Menerusi video terbabit, Roslan yang merupakan orang kurang upaya (OKU) telah meletakkan keretanya di parkir khas OKU tetapi dia terkejut apabila menerima saman kerana menggunakan parkir tersebut.

Malah, Roslan juga berasa terkejut kerana dirinya telah menampalkan stiker OKU di hadapan cermin keretanya. Lantaran itu, dia berkata jika saman hanyalah RM20 maka dia bayar sahaja saman tersebut dan selepas ini hanya parkir di tempat biasa.

Lantaran video tular itu, pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) tampil mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut. Menurut MPKL, individu tersebut didapati telah menampal pelekat Kenderaan OKU yang berbeza dengan versi yang dikeluarkan oleh JPJ dan juga bukan versi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Demi memastikan layanan yang adil kepada semua golongan warga masyarakat dan kemudahan petak parkir OKU tersebut tidak disalahguna, adalah menjadi tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan ke atas kenderaan yang didapati menggunakan pelekat kenderaan OKU yang meragukan.

Walaubagaimanapun, notis tersebut boleh dipertimbangkan untuk dibatalkan sekiranya individu berkenaan boleh mengesahkan bahawa beliau merupakan seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan MPKL akan membantu individu berkenaan untuk mendapatkan pelekat kenderaan OKU yang sah.

Kerajaan Negeri Selangor telah menetap dan menyeragamkan penggunaan pelekat OKU yang sah diguna pakai di seluruh kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor. Orang awam boleh merujuk kepada PBT di kawasan masing-masing untuk tujuan permohonan pelekat OKU.

Terkini, Roslan telah memuat naik video terbaharu dan mengatakan bahawa saman tersebut adalah RM300. Malah, saman tersebut telah dibatalkan oleh pihak MPKL dan dia turut berterima kasih kepada pihak MPKL.

Tidak hanya itu, pihak MPKL juga memberian dia pelekat kenderaan OKU yang dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Selangor.

Leave a Comment