TerasMalaysia

Lelaki kena sediakan 3 ekor kuda dan sebidang tanah harga 25juta, denda sebab hamilkan gadis kampung sebelah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki kena sediakan 3 ekor kuda dan sebidang tanah harga 25juta, denda sebab hamilkan gadis kampung sebelah. Seorang lelaki berasal dari Kampung Nangablo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia diarahkan membayar ganti rugi (mengikut adat) tiga ekor kuda, sebidang tanah dan wang tunai Rp5 juta (RM1.5K) kerana menghamilkan gadis dari kampung berdekatan, Kampung Tilang.

Ketua Kampung Tilang, Rofinus Inonsi Moa Luer berkata, pihaknya terdahulu menerima aduan daripada mangsa yang mendakwa lelaki itu telah menghamilkannya.

“Pelaku sudah berkahwin, mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak. Dia menjalinkan hubungan dengan gadis berkenaan semasa belajar di pusat pengajian sehingga wujudnya janin di dalam rahimnya,” katanya.

Bertindak di atas aduan, pihak Lembaga Adat Kampung Tilang mengadukan pertempuan dengan kedua-dua pihak terbabit pada 19 Julai lalu yang turut dihadiri beberapa saksi dan beberapa lagi individu yang berkepentingan dalam kes ini.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bersepakat untuk menyelesaikan masalah itu mengikut adat lama. Iaitu mengkehendaki pelaku membayar tiga ekor kuda, sebidang tanah bernilai Rp25 juta dan wang tunai Rp5 juta kepada mangsa dan bayi dalam kandungannya.

Lelaki kena sediakan 3 ekor kuda dan sebidang tanah harga 25juta, denda sebab hamilkan gadis kampung sebelah

Pelaku juga perlu menanggung beras 25 kilogram, satu ekor babit seberat 50 kilogram dan 15 botol moke (minuman tradisional).

Sementara itu, gadis berkenaan juga dikehendaki memberi selembar kain sarung kepada isteri pelaku kerana dia telah melakukan hubungan intim dengan pelaku yang mempunyai isteri.

Bagaimanapun pelaksanaan hukuman itu ditunda berikutan keluarga pelaku masih belum menyiapkan tuntutan tersebut. Dalam masa sama keluarga mangsa juga sudah bersepakat untuk menundakan hukuman itu sehingga 2 Ogos ini.

BACA:
Hanya makan di kantin sekolah, ibu sanggup biar anak kebuluran semata nak hidup mewah guna duit insurans
2 tahun terseksa dalam rumah sendiri, pemilik terkejut dapat tahu kontraktor tanam buhul dalam tandas
Wanita pelik kopi rasa ‘masin’, tak sangka pengamal perubatan letak sesuatu dalam minuman

Leave a Comment