TerasMalaysia

Lelaki langgar peraturan selamba bawa keropok babi dalam restoran halal sebagai tambahan perisa masa tengah makan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki langgar peraturan selamba bawa keropok babi dalam restoran halal sebagai tambahan perisa masa tengah makan. Kadang-kadang ada sebab tersendiri kenapa sesebuah restoran itu melarang pelanggannya daripada membawa makanan dari luar, salah satu kemungkinan adalah boleh jadi seperti dalam insiden di bawah ini.

Kisahnya ada satu kes tular di Indonesia apabila seorang pemuda melakukan satu tindakan yang telah mengundang kemarahan orang ramai terutamanya bagi mereka yang beragama Islam.

Campur keropok babi dalam bakso

Ada seorang pemuda merakam dirinya sedang makan di sebuah restoran halal, dilihat lelaki itu ingin menambah bahan perisa ke dalam menu bakso yang ingin dimakannya.

Dia kemudianya mengeluarkan satu paket makanan yang dibeli dari luar dan mendakwanya sebagai ‘keropok babi’ sebelum meletakkan ke dalam mangkuk makanan dan menjamahnya.

Lelaki langgar peraturan selamba bawa keropok babi dalam restoran halal sebagai tambahan perisa masa tengah makan

Video tersebut telah meraih lebih daripada 2,200 jumlah retweets di Twitter dan rata-rata netizen begitu marah dengan tindakan lelaki tersebut kerana tidak tahu sensitiviti di kedai yang ada sijil halal.

Disebabkan perkongsian ini tular, lelaki ini telahpun tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengaku khilaf mengenai hal ini.

Biarpun ramai mengecam, setelah meminta maaf, ada juga netizen yang puji cara dan keikhlasannya dalam mengakui kesilapan yang dibuat olehnya sendiri.

Harap lepasni dapatlah kita jadikan kes ini sebagai pengajaran agar hormat peraturan yang telah ditetapkan.

BACA:
Pesakit lumpuh cerita detik seram masa berada di hospital, dengar jeritan dan nampak muka di siling
“Majikan dari neraka” – Pekerja terpaksa turun harga dan terus berniaga demi ‘cover’ gaji tertunggak
Tak sangka ada kisah sedih disebalik Banglo 5 tingkat yang mewah ini, tuan rumah dedah cerita sebenar

Leave a Comment