Lelaki lunyai dibelasah kawan kawan kerana tidak aktif dalam grup Whatsapp mereka

Lelaki lunyai dibelasah kawan-kawan kerana tidak aktif dalam grup Whatsapp mereka

Gara-gara tidak aktif dalam aplikasi grup WhatsApp, seorang pelajar berusia 15 tahun dipukul rakan sehingga menyebabkan kecederaan.

Kejadian berlaku di Sukoreno, Prigen di Pasuruan di Jawa Timur, Indonesia pada Khamis.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pasuruan, AKP Farouk Ashadi Haiti berkata, serangan itu mengakibatkan mangsa lebam di telinga kiri, hidung, dada kanan, lengan kiri, siku kanan dan pinggang kiri.

“Kecederaan dipercayai berpunca daripada tendangan pelaku yang berulang kali terhadap mangsa.

“Motif serangan kerana mangsa tidak aktif dalam grup WhatsApp dan tidak bersedia untuk diajak berkumpul,” katanya pada Sabtu.

Ashadi menambah, mangsa bagaimanapun telah menerima rawatan.

Susulan kejadian itu,seramai empat suspek ditahan polis.

Sumber

Baca : Ceramah Ustaz Wadi Annuar dibatalkan JAIS di Selangor berpunca dari WAHABI?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *